Now Reading
7 Jenis Gelagat Pengunjung Perarakan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka. #5 Paling Kelakar Ya!

7 Jenis Gelagat Pengunjung Perarakan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka. #5 Paling Kelakar Ya!

Dalam 100,000 orang pengunjung hadir ke Dataran Merdeka semalam (31 Ogos), macam-macam jenis gelagat yang sempat dirakam.

7 Ragam Orang Ramai Ketika Hadir Perarakan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (31 Ogos), Malaysia telah menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 dengan penuh kemeriahan di seluruh negara terutamanya di lokasi tumpuan ramai iaitu Dataran Merdeka.

Difahamkan, Dataran Merdeka mula dipenuhi oleh orang ramai seawal 4:00 pagi untuk membolehkan mereka mendapat tempat duduk terbaik bagi melihat perarakan Hari Kebangsaan yang berlangsung pada jam 7:00 pagi.

Memandangkan beberapa jalan raya sekitar Kuala Lumpur ditutup untuk memberi laluan kepada acara tersebut, ramai yang menggunakan LRT untuk sampai ke sana.

BACA JUGA: 18 Jalan Sekitar KL Ditutup Mulai 26 Ogos Untuk Raptai Hari Merdeka

Macam-macam ragam orang di Dataran Merdeka

Boleh dikatakan Dataran Merdeka dan di beberapa kawasan sekitarnya memang sesak dengan ‘lautan manusia’.

Nak bergerak pun agak susah sehingga ada ibu bapa yang terpaksa dukung anak kecil mereka.

Dalam ramai-ramai yang hadir ke Dataran Merdeka semalam, pelbagai jenis ragam manusia yang menghiburkan dan sempat dirakam oleh pengunjung di sana.

Antaranya:

1. Pelancong asing berlakon ala-ala konduktor orkestra

Setiap persembahan muzikal mesti akan ada ketua yang memimpin atau dipanggil sebagai konduktor. Rasanya semua orang pernah berangan jadi konduktor waktu kecil-kecil dulu kan?

Mungkin ini adalah salah satu impian pelancong asing yang hadir di perarakan Hari Kebangsaan semalam. Abang askar pun sempoi je layan permintaan ‘mat salleh’ ini.

Rakaman ini sempat dirakam oleh pengguna TikTok (sitissy) dengan meraih 246,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@sitissy/video/7137952319592828187?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

2. Orang ramai bersorak nampak kucing ‘Oyen’

Bila sebut ‘Oyen’, mesti ramai akan terbayang kucing berwarna oren.

Walaupun sekadar kucing, tetapi haiwan ini agak popular di Malaysia kerana gelagatnya yang menghiburkan. Bukan Oyen namanya kalau tak buat perangai pelik-pelik.

Antara gelagat kucing ini yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok (Malissa Mansor) adalah apabila ramai bersorak kepada ‘Oyen’ ketika dilihat berada di kawasan perarakan Hari Kebangsaan.

https://www.tiktok.com/@malissamansor/video/7137806598184963355?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

3. Pengunjung sanggup panjat lori, pokok dan tangga untuk dapat ‘view’ yang jelas

Disebabkan kawasan Dataran Merdeka dipenuhi dengan orang ramai sehingga menyukarkan pergerakan, ada yang dikatakan sanggup memanjat atas lori, pokok dan tangga untuk membolehkan mereka dapat menonton perarakan dengan lebih jelas.

Lebih menghiburkan, siap ada yang baring atas lori macam sedang lepak di rumah. Santai betul!

Gelagat ini berjaya dirakam oleh pengguna TikTok (xyztayang) yang merupakan salah seorang pengunjung di Dataran Merdeka semalam.

https://www.tiktok.com/@xyztayang/video/7137901147125271835?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

4. Sempat edit video YouTube sambil bersesak nak keluar LRT

Kalau siapa yang menaiki LRT semalam untuk ke Dataran Merdeka, anda boleh faham betapa sesaknya stesen LRT dengan orang ramai yang ingin menonton perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Jangan kata nak ke Dataran Merdeka, nak keluar dari stesen LRT pun katanya mengambil masa agak lama sehingga ada ‘YouTuber’ yang sempat edit video ketika berada dalam kesesakan orang ramai.

Gelagat lelaki tersebut berjaya dirakam oleh seorang pengguna TikTok (nickynfa) yang turut berdepan situasi sama di stesen LRT Bandaraya.

5. Sakat ‘Abang Polis’ dan ‘Abang Bomba’

Antara yang menjadi tumpuan orang ramai ketika perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah anggota polis dan juga bomba dilihat berdiri teguh di atas trak bergerak.

Terhibur kami tengok bila ramai pengunjung sempat menyakat untuk menarik perhatian mereka seperti mana yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok ini (nufarsa90).

https://www.tiktok.com/@nufarsa90/video/7137969541962878234?_r=1&_t=8VI9NyRYXo1&is_from_webapp=v1&item_id=7137969541962878234

Beberapa anggota bomba juga tidak terkecuali disakat oleh mereka.

@nakaltapihalal

Replying to @Adreana Nordin tanah tumpahnya darah abe

♬ original sound – Abe – Abe

6. Sedekah roti Gardenia kepada orang ramai

Waktu sekolah dulu, setiap kali pergi lawatan mesti cikgu-cikgu akan bagi roti Gardenia sebagai sarapan.

Siapa sangka seorang makcik ini di dalam video TikTokk (gone____) baik hati untuk sedekah sekotak roti Gardenia ketika berada di Dataran Merdeka sementara menunggu perarakan Hari Kebangsaan bermula.

https://www.tiktok.com/@goneeee____/video/7137799822324550938?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

7. Kanak-kanak lelaki berani minta salam dengan ‘orang atas’

Kalau anda perasan di beberapa program dihadiri oleh orang ternama, mesti mereka akan bersalaman dengan beberapa hadirin.

Aksi ini dilihat berjaya ditiru oleh seorang kanak-kanak lelaki ketika dia sanggup berhimpit dan hanya menghulurkan tangannya keluar bagi membolehkan dia bersalam dengan beberapa pegawai polis.

Pengguna TikTok (athirahqistinaaa) pun terhibur ketika melihat gelagat kanak-kanak tersebut.


Harian Metro melaporkan kira-kira 100,000 orang pengunjung telah hadir ke Dataran Merdeka semalam bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan Ke-65 pada tahun ini.

Walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai, tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk menonton perarakan secara langsung.

Semangat ini yang kita mahukan dari rakyat Malaysia sebagai tanda cinta mereka terhadap tanah air.

BACA JUGA: 12 Promosi Makan & Minum Yang Best Sempena Hari Merdeka. Jom Serbu!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd