Now Reading
[Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai

[Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai

Keadaan anjing tersebut yang dipenuhi dengan kotoran lumpur menjadi bukti ia bekerja keras dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia masih lagi berduka dengan tragedi tanah runtuh yang menimpa sebuah tapak perkhemahan berdekatan ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang pada awal pagi Jumaat lalu (16 Disember).

Susulan itu, pelbagai pihak terutamanya dari jabatan bomba dan penyelamat turut bertungkus-lumus dalam membantu menyelamatkan mangsa yang ada di tempat kejadian.

BACA JUGA: Kes Tanah Runtuh Di Tapak Perkhemahan Batang Kali, 8 Disahkan Maut

Setakat pagi semalam (18 Disember) seramai 24 mangsa korban telah berjaya ditemui anggota bomba di sebalik timbunan tanah.

Bomba Guna khidmat anjing pengesan untuk cari mangsa

Selain menggunakan jentera bomba, jabatan itu juga menggunakan khidmat anjing pengesan iaitu Unit K9 dalam mencari mangsa yang masih berada di bawah timbunan tanah.

Begitulah tanggungjawab yang digalas anjing bernama Frangki ini apabila tular di media sosial khidmatnya dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh Batang Kali mendapat pujian daripada netizen.

Nampak manja tapi berdisiplin ketika dalam tugasan

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @afie_22, kelihatan anjing tersebut agak manja bersama anggota bomba namun sentiasa berdisiplin ketika menjalankan tugasnya.

https://www.tiktok.com/@afie_22/video/7178330174826515739

“Antara hero kita misi mencari menyelamat tanah runtuh Batang Kali, di luar kerja manja tapi masa operasi disiplin dalam setiap kerja dia itu lah Frengki Unit K9 bomba,” tulisnya di dalam video.

Pada video sama, kelihatan keadaan anjing tersebut yang dipenuhi kotoran lumpur menjadi bukti ia begitu bekerja keras dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh.

“Kesiannya, thank you korang” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji dan berterima kasih kepada Unit K9 bomba itu atas khidmatnya sepanjang misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tersebut.

Sumber: TikTok/afie_22
Sumber: TikTok/afie_22
Sumber: TikTok/afie_22

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd