“Ubat Luar Sampai Dulu” – Pesakit Terpaksa Beli Panadol Dari Foodpanda Lepas Tunggu Hampir 2 Jam
Pesakit meluahkan rasa kecewa apabila dia terpaksa membeli Panadol daripada Foodpanda kerana tidak memperoleh ubat tahan sakit daripada hospital selama hampir dua jam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jika dalam keadaan sakit, pasti anda mahu mendapatkan rawatan terbaik daripada doktor kesihatan. Tidak kiralah daripada klinik mahupun hospital.
Terdapat juga segelintir masyarakat yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit di hospital swasta bagi memperoleh pengalaman dan perkhidmatan terbaik.
Namun, lain pula yang terjadi kepada salah seorang pesakit hospital terletak di Singapura yang terkesan dengan cara layanan pihak pengurusan terhadapnya.
Pesakit Beli Panadol Daripada Foodpanda Lepas Hampir 2 Jam Tunggu Ubat Hospital
Baru-baru ini tular satu video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@jombadok), menyaksikan seorang pesakit meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusan hospital yang didakwa tidak memberikan ubat tahan sakit walaupun sudah diminta hampir dua jam.
Menurut lelaki berkenaan, pihak hospital lebih mengutamakan pesakit yang berada dalam unit kecemasan berbanding dengan pesakit yang kurang serius.
Oleh kerana sudah menunggu lama, pesakit itu membuat keputusan untuk membeli ubat tersebut menerusi aplikasi Foodpanda yang jauh lebih pantas.
Tambahnya lagi, dia juga terpaksa turun ke bawah bagi mengambil ubat yang dipesan kerana pihak hospital tidak membenarkan rider Foodpanda untuk menghantar pesanan hingga ke bilik pesakit.

“Sangat mengarut,” jelas pesakit dengan nada yang kecewa.
Pihak Hospital General Sengkang Perjelas Tentang Isu Yang Tular Di Media Sosial
Prihatin terhadap isu yang sedang tular di media sosial, pihak pengurusan SKH telah tampil memberikan kenyataan pada 18 September lalu melalui akaun Facebook milik mereka (Sengkang General Hospital).
Menurut SKH, mereka berasa kesal kerana pesakit tersebut telah mendapat pengalaman kurang memuaskan daripada pihak hospital.
Susulan kes ini, pihak pengurusan SKH telah memberi jaminan kepada orang ramai dengan memastikan penjagaan pesakit terjaga dan menyediakan ubat-ubatan kepada pesakit tepat pada masanya.
Turut diperjelaskan bahawa sebarang ubat yang hendak diberikan kepada pesakit perlulah diluluskan oleh doktor dahulu untuk tujuan keselamatan.
Selain itu, SKH memberitahu orang ramai bahawa pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang kurang akut berkemungkinan mengalami masa menunggu lebih lama bagi merawat pesakit dalam keadaan terdesak di unit kecemasan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hospital ‘Halau’ Pesakit Jam 4 Pagi Kerana Kad Perubatan Tak Cukup Baki Untuk Dapatkan Katil Di Wad
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Insurans Tak Cover, Pesakit Nekad Lari Dari Hospital Di Kedah
Baca Artikel Berkaitan: Motor Penghantar Makanan Kena Sita JPJ, Orang Ramai Sedih Tengok Nasib Rider
Sumber: TikTok (@jombadok) | Facebook (Sengkang General Hospital)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram