Now Reading
Raih Prestasi Cemerlang, UUM Diktiraf IPTA Nombor 1 Di Malaysia!

Raih Prestasi Cemerlang, UUM Diktiraf IPTA Nombor 1 Di Malaysia!

Universiti Utara Malaysia (UUM) diumumkan sebagai universiti ke-71 terbaik di dunia (di bawah usia 50 tahun) oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (14 Mei), Universiti Utara Malaysia (UUM) diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia (di bawah usia 50 tahun) oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.

Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata pencapaian itu adalah hasil kerja keras warga universiti.

Naik 24 anak tangga, UUM berada pada kedudukan ke-95 tahun lepas.

Pencapaian ini juga meletakkan UUM sebagai universiti ‘muda’ terbaik di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut sekaligus menempatkan UUM sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga universiti yang bertungkus lumus bekerja untuk meletakkan UUM sentiasa dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia bukan mudah, apabila universiti perlu bersaing dengan universiti terkemuka lain untuk berada di kedudukan 100 teratas ini.

Mohd Foad.
Sumber: Malay Mail

Kedudukan UUM Melonjak 24 Anak Tangga Dari Tahun Sebelumnya

Menerusi satu kenyataan, Mohd Foad menjelaskan bahawa prestasi membanggakan itu menunjukkan UUM yang kini memasuki usia 40 tahun terus unggul di persada antarabangsa.

Khususnya dalam bidang pengurusan, perniagaan, perakaunan serta sains sosial.

“Kedudukan UUM melonjak 24 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-71 terbaik dunia didorong oleh indikator kualiti penyelidikan, selain mengekalkan markah tinggi untuk kategori pengajaran dan persekitaran penyelidikan,” tambah beliau lagi.


Naikkan Imej & Nama UUM

Mohd Foad berkata, pencapaian cemerlang tersebut secara tidak langsung telah menaikkan reputasi dan nama UUM seiring dengan universiti ternama dunia yang telah mencipta pelbagai rekod sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua, The Young University Rankings 2024 telah menggunakan 17 indikator menerusi lima kategori bagi pengiktirafan berkenaan.

Lima kategori disebutkan adalah pengajaran (29.5%), kualiti penyelidikan (30%), persekitaran penyelidikan (29%), pandangan antarabangsa (7.5%) dan pendapatan industri (4%).

The Young University Rankings 2024 yang dikeluarkan pada setiap tahun menyaksikan lebih 673 universiti seluruh dunia tersenarai bagi pengiktirafan 2024.

Tahniah kami ucapkan kepada UUM! Semoga sentiasa cemerlang pada hari mendatang.


Bilangan Universiti Asia Dalam THE Young Univerisity Rankings 2024 Meningkat

Kalau anda nak tahu, bilangan universiti Asia dalam senarai (THE) Young University Rankings 2024 telah menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda dalam tempoh masa lima tahun.

Di tempat pertama ialah universiti dari negara jiran Malaysia iaitu Nanyang Tech di Singapura.

Sebagai info tambahan, UUM merupakan satu-satunya universiti awam yang berjaya memasuki carta ke 100 universiti terbaik dunia. Manakala Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di tempat ke-146.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula di tangga ke-159 sama dengan Universiti Foggia, Itali dan Universiti Barat Scotland di United Kingdom (UK).

Antara universiti swasta “muda” lain yang turut mencapai prestasi membanggakan dalam senarai itu adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tangga ke-32 dan Sunway University di tangga ke-189.

Baca Artikel Berkaitan: Graduan UUM Mampu Jana Pendapatan RM15,000 Sebulan Walaupun Baru Graduasi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd