Now Reading
Mesin Layan Diri Tawar Pad Percuma Untuk Wanita Di Sekolah Dan Hospital Sekitar Cheras

Mesin Layan Diri Tawar Pad Percuma Untuk Wanita Di Sekolah Dan Hospital Sekitar Cheras

Inisiatif mesin pad percuma ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama ATLAS Vending, Libresse Malaysia dan juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Haid adalah satu proses dalam tubuh badan wanita yang akan berlaku pada setiap bulan. Bagi sesetengah kaum hawa, mereka boleh menjangkakan tempoh haid akan tiba pada setiap bulan.

Tetapi kadangkala ia berlaku tanpa dijangka tanpa mengikut kitaran disebabkan oleh perubahan hormon, gaya pemakanan dan juga stres.

Keadaan ini boleh membuatkan para wanita berasa cemas apabila secara tiba-tiba mengalami haid terutamanya ketika berada di luar rumah dan tidak membawa pad sebagai persiapan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial: Adakah Anda Akan Tegur Wanita Yang ‘Bocor’ Darah Haid Pada Pakaian?

Sumber: Pexels

Inisiatif Mesin Layan Diri Tawar Pad Percuma Di Cheras

Peka dengan keperluan pad kepada wanita, sebuah syarikat mesin layan diri iaitu ATLAS Vending telah berkolaborasi dengan jenama tuala wanita terkenal, Libresse bagi menawarkan pad secara percuma kepada orang ramai.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook ATLAS Vending, inisiatif ini juga telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi merevolusikan akses kepada produk penjagaan wanita.

Sumber: Facebook ATLAS Vending

Inisiatif ini dilaksanakan di beberapa buah sekolah dan hospital di sekitar Cheras dengan sasaran lebih 600 penerima pada setiap bulan.

Antara hospital dan sekolah yang terlibat adalah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

Salah satu perkara yang paling membimbangkan ialah satu daripada empat wanita tidak hadir ke sekolah semasa mereka haid. Jadi kami akan cuba menilai sekiranya inisiatif ini dapat membantu pihak sekolah mengukur jumlah kehadiran pelajar perempuan mereka.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd mewakili ATLAS Vending, Amy Gan.

Setiap mesin layan diri itu akan menyediakan 12 pek tuala wanita bersaiz 32 cm dari jenama Libresse dan akan diisi semula sekali sebulan.

Sumber: Facebook ATLAS Vending

Bagi para wanita yang mahu mendapatkan tuala wanita ini secara percuma, mereka perlu mempunyai kad akses terlebih dahulu.

Inisiatif ini menandakan satu langkah penting dalam komitmen kami untuk menangani isu mendesak kemiskinan haid.

ATLAS Vending.

Tiba Masa Untuk Menormalisasikan Haid Wanita

Tidak dinafikan,haid atau ‘datang bulan’ merupakan sesuatu perkara yang agak ‘taboo’ dan malu untuk dibincangkan lebih-lebih lagi para gadis yang baru mengalaminya.

Malah, ada juga sesetengah wanita yang segan untuk membeli pad di tempat awam kerana bimbang jika orang lain mengetahui dirinya sedang haid.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana haid adalah sesuatu yang normal dan memberi petanda bahawa seseorang wanita itu mempunyai tubuh badan yang sihat.

Kesimpulannya, komunikasi dan pengetahuan umum tentang haid adalah sangat penting untuk dinormalisasikan kepada masyarakat.

Baca Artikel Berkaitan: Kini Tiba Masanya Untuk ‘Normalise’ Haid Wanita


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd