Now Reading
Gara-Gara Insurans Tak Cover, Pesakit Nekad Lari Dari Hospital Di Kedah

Gara-Gara Insurans Tak Cover, Pesakit Nekad Lari Dari Hospital Di Kedah

Pesakit wanita yang didakwa mengalami sakit perut telah melarikan diri dari sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah selepas mendapati insurans miliknya tidak menanggung kos rawatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kad Perubatan atau Medical Card merupakan salah satu perkara yang menjadi keutamaan masyarakat sebagai persediaan sekiranya berlakunya sebarang perkara tidak diingini.

Malah ia sudah menjadi satu keperluan buat segelintir dari kita memandangkan kos rawatan perubatan yang semakin meningkat. Boleh sampai beratus-ratus ribu!

Sebagai pemegang kad perubatan, anda perlu mengambil tahu polisi yang ditawarkan oleh syarikat insurans dalam menampung kos rawatan perubatan kerana bukan semua jenis masalah kesihatan yang ditanggung.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi 8 Perkara Yang Medical Card Tak Tanggung Dalam Bil Hospital

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Hospital UMRA)

Pesakit Lari Dari Hospital Gara-gara Insurans Tak Tanggung Kos Rawatan

Baru-baru ini, seorang pesakit wanita di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah didakwa telah melarikan diri tanpa membuat sebarang pembayaran selepas mendapati insurans miliknya tidak menanggung kos rawatan.

Berhubung kejadian itu yang berlaku semalam (24 Oktober), salah seorang jururawat tampil membuat laporan polis.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan pesakit berusia 32 tahun tersebut mendaftar di hospital berkenaan pada jam 6:40 petang sebelum dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan.

Pada jam 9:30 malam pada hari itu, pihak hospital memaklumkan kepada pesakit berkenaan bahawa insurans miliknya itu tidak dapat menanggung kos rawatan di hospital tersebut. Disebabkan itu, wanita berkenaan memberitahu dia enggan meneruskan rawatan dan mahu mendaftar keluar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan.

Walau bagaimanapun, pesakit tersebut didapati melarikan diri pada jam 10:40 malam tanpa melunaskan pembayaran.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Malay Mail)

Pihak polis juga cuba untuk menghubungi dan mencari wanita berkenaan di rumahnya tetapi tidak berjaya.

Hasil siasatan awal mendapati pesakit tersebut ingin mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami sakit perut akibat gastrik dan telah memaklumkan kepada jururawat bertugas bahawa dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan dan sedang berusaha untuk mengesan pesakit tersebut.

Sebagai seorang pemegang polisi insurans, cara yang terbaik adalah dengan menyemak terlebih dahulu polisi atau terus menghubungi ejen anda sebelum membuat pendaftaran masuk ke hospital swasta.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd