Lelaki Ini Kongsi 8 Perkara Yang Medical Card Tak Tanggung Dalam Bil Hospital
Walaupun kita bayar setiap bulan, tetapi Medical Card tidak tanggung 100% kos bila kita dimasukkan ke hospital.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Ramai yang sudah mula ada kesedaran tentang pentingnya mempunyai Kad Perubatan atau lebih familiar dengan nama Medical Card sebab kita tak tahu bila kita akan memerlukannya.
Bayangkan kalau apa-apa perkara buruk berlaku pada kita (nauzubillah), memang banyak kos yang perlu dibayar. Boleh sampai berpuluh-puluh ribu!
Namun ramai yang beranggapan bila sudah ada Medical Card, anda tidak perlu keluar duit satu sen pun. Silap tu sebab Medical Card tidak tanggung 100% walaupun kita bayar tiap-tiap bulan.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter (LuthfiMY), lelaki ini menerangkan beberapa perkara yang tidak ditanggung oleh Medical Card. Take note okay semua!
Antaranya:
1. Deposit masuk hospital
Setiap hospital mempunyai harga deposit kemasukan yang berbeza. Tapi sekurang-kurangnya, sediakanlah RM300 paling minimum.
1. Deposit upon admission
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Deposit adalah satu bayaran antara kita dengan hospital swasta. Nilai deposit berbeza diantara satu hospital dgn hospital yg lain.
Tak kira la hampa guna Medical Card personal atau company, saya selalu tekankan untuk prepare duit deposit atlease RM300
Berdasarkan pengalaman, untuk bayaran deposit saya suka guna CASH berbanding Debit card.
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Bila discharge, hospital akan refund semula dalam bentuk cash jugak. Lebih cepat.
Berbanding guna debit card, proses refund tu makan masa sikit. So, untuk kes macam ni lebih baik guna cash
2. Lebihan dari jumlah yang ditanggung oleh Medical Card
Setiap Medical Card, mereka mempunyai peratus tanggungan yang berbeza mengikut pakej yang anda bayar.
Contohnya kalau jumlah bayaran bil hospital ada adalah RM35,000 tetapi Medical Card hanya tanggung sehingga RM30,000, jadi lebihan lagi RM5,000 perlu dibayar oleh anda sendiri.
2. Deductible
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Kebanyakkan pakej Medical Card yang terbaru ada Deductible.
Deductible ni apa?
Haa, deductible ni adalah satu jumlah yang hampa WAJIB BAYAR dari bil rawatan hampa (final bil)
Lain company lain jumlah deductible yang dikenakan
Contoh deductible :
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
🟡 Final bil : RM30,000
🔵 Deductible : RM500
Jumlah yang syarikat Takaful bayar : RM29,500
Jumlah yang kita kena bayar masa discharge : RM500 ✅
3. Ko-Takaful
Ko-Takaful atau Ko-Insurans ini adalah adalah amaun tetap yang anda perlu bayar dahulu sebanyak 10% tidak termasuk kos bilik dan penginapan di hospital.
3. Ko-Takaful / Ko-Insurans
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Selalunya info tentang Ko-Takaful ni ejen kena explain sebab impak dia sangat tinggi!
Contoh :
🟡 Ko-Takaful 10% dari jumlah final bil, maksimum RM2,000
Kalau final bil RM30,000, kita kena bayar kos ko-takaful hanya sebanyak RM2,000 😁 clear?
Sekiranya pelan Medical Card hampa ada Ko-Takaful/Insurans, standby la duit lebih sikit untuk jumlah maksimum yang hampa kena bayar tu ya
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Kalau maksimum RM2,000, standby RM2,300. Sekali dengan duit deposit. Nak standby lebih pun takpa
4. Tak tanggung kos check up kalau tiada penyakit serius
Medical card tidak boleh tanggung sekiranya ada berniat untuk Check-up tanpa sebarang penyakit serius. Kalau nak buat juga, anda perlu buat pembayaran sendiri.
4. Diagnostic tool tak cover
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Ramai yg salah faham, depa nk guna Medical card sebagai platform utk cek depa sakit apa
Kita tak boleh sesekali mintak kat doktor untuk buat xray, CT scan atau MRI.
Ada sesetengah kes, doktor suruh kita bayar dulu kos xray, CT scan & MRI 😳
Sebab?
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Sebelum doktor nk admitkan kita, dia perlu request GL ke sykt Takaful kita. Dlm report tu dia perlu attach supporting info such as Xray, CT dll.
If lepas xray tak ada penyakit tu, then kita perlu tanggung kos tu
If lepas xray ada penyakit, then kos xray tu masuk dlm GL
5. Kos sebelum dimasukkan ke hsopital tidak ditanggung
Salah satu prosedur sekarang ini sebelum dimasukkan ke hospital adalah untuk membuat ujian RTK atau PCR Covid-19 dahulu. Jadi, ujian tersebut tidak akan ditanggung oleh Medical Card.
5. Pre-admission test tak cover
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Zaman covid ni kalau nak admit kena buat RTK/PCR bagai sebelum admission 😅
So, kos PCR/RTK ni kita kena tanggung. Ada hospital mintak bayar cash & ada yang charge dalam final bil kena bayar masa discharge nanti
Banyak benda tak kena bayar?
6. Perbezaan harga bilik
Katakanlah pakej Medical Card kita hanya tanggung harga bilik sebanyak RM150 tetapi anda nak pilih bilik yang lebih privasi berharga RM250, jadi anda perlu bayar sendiri lebihan jumlah RM100 itu.
6. Perbezaan harga bilik tak cover
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Pakej yg hampa ambik harga bilik RM150 je. Bilik 150 tu mungkin hanya dapat bilik kongsi 4 orang 😅
Tapi hampa nak privasi & keselesaan kan? So mintak la upgrade bilik ke bilik single yang berharga RM250
Kos upgrade bilik tak cover ya
Kalau hampa admit 2 hari dekat bilik single rm250 tu bermakna additional cost yang hampa kena bayar adalah RM200
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Hospital swasta akan masukkan kos perbezaan / upgrade bilik ni dalam final GL nanti.
So bila dah boleh dischage nanti kena bayar lebih RM200!
7. Co-payment bila upgrade bilik
Masih berkaitan bilik.
Bila anda upgrade bilik tidak mengikut pakej yang dipilih, anda juga perlu bayar co-payment bernilai 10% dari jumlah bil.
7. Co-payment bila upgrade bilik
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Bab ni pun tak ramai ejen share 😅
Maksudnya kat sini, kalau hampa upgrade bilik dari 150 (quad sharing room) ke 250 (single), hampa kena bayar (baca : Penalti) sebanyak 10% dari final bil
Faham ke faham?
7. Co-payment bila upgrade bilik
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Bab ni pun tak ramai ejen share 😅
Maksudnya kat sini, kalau hampa upgrade bilik dari 150 (quad sharing room) ke 250 (single), hampa kena bayar (baca : Penalti) sebanyak 10% dari final bil
Faham ke faham?
8. Barangan yang digunakan tidak ditanggung
Barangan tersebut termasuklah pakaian hospital yang dipakai dan ditukar setiap hari seperti pesakit Covid-19.
Contoh lain adalah bila kita pandai-pandai minta tambah PS5 dalam bilik wad kita kononnya sebab tak mahu kebosanan. Jadi kos PS5 itu tidaklah ditanggung oleh Medical Card ya!
8. miscellaneous items tak cover
— Luthfi (@LuthfiMY) March 13, 2022
Apa benda miscellaneous ni? Contoh item misc ni adalah Laundry, admission / management fees, medical report, underwriting excess, id band dll
Time covid ni baju pakai buang pun depa charge tau! So semua kos tu akan masuk dalam final bil nanti 🥴
Mungkin selama ini ramai yang ingat bila ada Medical Card, kita dah senang hati sebab tak perlu keluar duit langsung.
Anda masih perlu sediakan duit tetapi tidaklah sebanyak harga yang sepatutnya dibayar. Medical Card ini hanya mengurangkan beban tanggungan anda daripada terpaksa membayar jumlah kos berpuluh ribu.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.