Now Reading
Perbezaan Insurans MRTT & MLTT Yang Setiap Bakal Pembeli Rumah Perlu Tahu. Take Note!

Perbezaan Insurans MRTT & MLTT Yang Setiap Bakal Pembeli Rumah Perlu Tahu. Take Note!

Insurans MLTT dan MRTT kedua-duanya berfungsi untuk melindungi aset rumah yang dibeli melalui pinjaman pembiayaan dari bank.

insurans rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebanyakan rakyat Malaysia pastinya mempunyai keinginan untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti kan? Untuk pengetahuan anda, impian tersebut kini boleh dicapai selepas kerajaan telah mewujudkan pinjaman perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (HCGS).

Mereka yang tiada pekerjaan tetap serta slip gaji pun boleh buat pinjaman perumahan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan ini.

BACA JUGA: Pinjaman Rumah Tanpa Kerja Tetap & Slip Gaji. Bagus Atau Tidak?

Perbezaan insurans MRTT dan MLTT

Kepada bakal pembeli rumah, ada beberapa perkara penting yang anda perlu ambil tahu sebelum mengambil keputusan untuk membuat pinjaman pembiayaan rumah.

Jom baca perkongsian dari seorang pengguna Twitter ini (Wan Zullnaidi) bagi menambahkan ilmu tentang insurans perlindungan rumah iaitu MLTT dan juga MRTT.

Apa itu MLTT dan MRTT?

Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang (MRTT) dan Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar (MLTT) adalah dua produk takaful gadai janji yang harus dipilih oleh setiap pembeli rumah.

Namun MRTT lebih diyakinkan oleh pihak bank kepada setiap individu ketika mereka membuat pinjaman rumah kerana dikatakan lebih memberi keuntungan kepada bank.

Mana lagi bagus sebenarnya? MRTT atau MLTT? Jom kami terangkan berdasarkan situasi berikut.

Katakanlah situasinya adalah selepas tujuh tahun anda membuat pembayaran balik pinjaman rumah dan kini berbaki lagi RM160,000, tiba-tiba tuan rumah meninggal dunia. Apa yang berlaku?

Jika ambil MRTT: Pihak bank akan membayar lebihan baki pinjaman rumah sepenuhnya sebanyak RM160,000.

Jika ambil MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 dan dalam masa yang sama duit tersebut boleh digunakan untuk melunaskan hutang pinjaman rumah sebanyak RM160,000. Lebihan RM137,000 adalah hibah kepada waris.

Apa yang dapat disimpulkan adalah peminjam pembiayaan rumah yang mengambil MLTT dilihat lebih memberi keuntungan kepada diri sendiri kerana mendapat beberapa keuntungan seperti berikut:

  • Perlindungan rumah
  • Hibah
  • Simpanan duit

Kebaikan dan keburukan MLTT serta MRTT

Setiap perkara ada kebaikan dan keburukannya.

Kebaikan MRTT adalah insurans ini boleh dimasukkan sekali ke dalam pinjaman tetapi sebaliknya kepada mereka yang mengambil insurans MLTT.

Jika anda tidak mampu membayar insurans bulanan MLTT, perlindungan kepada rumah tersebut terbatal dan waris terpaksa menyambung pembayaran pinjaman rumah tersebut kepada pihak bank sehingga selesai sekiranya pemilik meninggal dunia.


Nasihat sebelum pilih MLTT atau MRTT

Nak ambil MLTT atau MRTT bergantung kepada kemampuan kerana kedua-dua insurans ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Jika anda merancang untuk mengambil insurans MLTT dengan pulangan hibah kepada waris, dinasihatkan untuk berbuat demikian sebelum membeli rumah tersebut.

Selain itu, perkara penting yang perlu dilihat adalah tempoh insurans tersebut melindungi rumah anda. Katakan pinjaman pembiayaan rumah anda adalah selama 30 tahun, maka anda perlu pastikan insurans perlindungan yang diambil sama tempohnya dengan pembiayaan pinjaman rumah.

Nasihat kami, buatlah pilihan yang bijak dan bersesuaian dengan perbelanjaan anda. Dalam masa yang sama, fikir juga kesannya untuk masa panjang kerana komitmen memiliki rumah adalah tanggungjawab dalam tempoh agak lama.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd