Now Reading
Ulang Alik Kerja Lebih 200 KM Setiap Hari, Ramai Kongsi Kisah Yang Sama

Ulang Alik Kerja Lebih 200 KM Setiap Hari, Ramai Kongsi Kisah Yang Sama

Lelaki itu menceritakan isterinya sudah tiga tahun berulang-alik dengan jarak 206 kilometer setiap hari dari Shah Alam ke Sungai Besar untuk ke tempat kerja.

Ulang Alik Kerja Lebih 200 KM Setiap Hari, Ramai Kongsi Kisah Yang Sama

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum memilih kerja, sesetengah orang akan melihat kepada faktor jaraknya dengan kawasan kediaman mereka.

Namun bagi sesetengah individu, mereka tiada pilihan lain iaitu terpaksa berulang-alik dengan jarak yang jauh untuk ke pejabat setiap hari menaiki kereta, motosikal atau pengangkutan awam.

Bayangkan berulang-alik dengan jarak yang jauh selama lima hari secara berturut-turut. Dengar pun sudah cukup memenatkan, apatah lagi melakukannya.

Ulang Alik Kerja Lebih 200 KM Setiap Hari, Ramai Kongsi Kisah Yang Sama
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: MalayMail)

Isteri Terpaksa Ulang-Alik Melebihi Jarak 200KM Setiap Hari Untuk Ke Tempat Kerja

Pengalaman berulang-alik dari pejabat ke rumah turut dirasai sendiri oleh seorang wanita seperti yang dikongsikan suaminya menerusi satu video di laman TikTok (@kakiSTRIKE).

Dalam video tersebut, lelaki itu menceritakan isterinya sudah tiga tahun berulang-alik dengan jarak 206 kilometer setiap hari dari Shah Alam ke Sungai Besar untuk ke tempat kerja.

Isterinya itu dikatakan akan memulakan perjalanan setiap hari selepas selesai solat subuh.

Ulang-Alik-Kerja-Lebih-200-KM-Setiap-Hari-Ramai-Kongsi-Kisah-Yang-Sama-1
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: MalayMail)

Pilu melihat pengorbanan isterinya, lelaki itu meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar isterinya dipindahkan ke lokasi yang lebih dekat dengan rumah mereka dan tidak perlu lagi berulang-alik pada jarak yang jauh.

Video perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai sehingga meraih 330,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@kakistrike/video/7163970740969098523?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai Yang Kongsi Pengalaman Sama Perlu Ulang-Alik Jauh Ke Tempat Kerja

Di ruangan komen video tersebut, ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman dan kisah mereka perlu berulang-alik pada jarak yang jauh dari rumah ke tempat kerja.

Bukan dekat ya perjalanan mereka, ada yang sampai tahap terpaksa menempuh jarak sehingga 400 kilometer setiap hari dari Seri Iskandar, Johor ke Kuala Lumpur.

Dari Bentong, Pahang ke Putrajaya pun ada. Jauhnya!

Dalam pada itu, ada juga yang sebak membaca kisah orang lain di ruangan komen yang turut berdepan situasi sama seperti isteri pemilik video ini.

Mereka juga risau melihat risiko dari segi mental dan fizikal yang perlu dihadapi oleh mereka.

Tak boleh nak bayangkan betapa kuatnya mental dan fizikal mereka yang perlu memandu pada jarak yang sangat jauh untuk ke pejabat, ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas.

Semoga anda semua diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan demi mencari rezeki yang halal untuk keluarga.

BACA JUGA: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd