Food Panda 10th Birthday
Now Reading
Ahli KWSP Dibenar Beli Insurans Guna Akaun 2, Harga RM30 Setahun Sahaja
Food Panda 10th Birthday Food Panda 10th Birthday

Ahli KWSP Dibenar Beli Insurans Guna Akaun 2, Harga RM30 Setahun Sahaja

Antara syarikat insurans dan pengendali takaful yang ditawarkan adalah FWD Takaful Bhd dan Prudential Assurance Malaysia Bhd.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membeli produk insurans dan takaful yang meliputi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

BACA JUGA: Daftar Akaun KWSP Buat Anak Berusia 14 Tahun Ke Atas. Siap Ada RM250 Insentif Tambahan!

Perlindungan tersebut boleh dibeli melalui platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli dengan tawaran perlindungan berkuat kuasa serta-merta.

Tawaran i-Lindung memudahkan pembelian produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium berpatutan daripada Akaun 2.

Ahli yang ingin membuat pembelian produk insurans dan ingin menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans serta pengendali takaful yang diluluskan oleh pihak KWSP boleh melakukannya platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.

Premium bermula dari RM30 setahun dengan perlindungan RM10,000.

Pelbagai pilihan insurans

Syarikat insurans dan pengendali takaful tersebut adalah seperti berikut:

  • FWD Takaful Bhd
  • Prudential Assurance Malaysia Bhd
  • Prudential BSN Takaful Bhd
  • Etiqa Life Insurance Bhd
  • Etiqa Family Takaful Bhd

Platform layan diri i-Lindung boleh diakses pada bila-bila masa dan membolehkan ahli mendapatkan maklumat tentang produk sedia ada berserta harga dan boleh mendapatkan sebut harga sebelum melakukan pembelian.

Satu paparan polisi atau sijil yang dibeli akan disertakan bagi memudahkan ahli merujuknya dengan pantas dan selamat.

Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung boleh memberikan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli. Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.

Hak asasi untuk semua golongan

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah tersebut akan memperkukuh perlindungan sosial dan tanggungjawab yang diberikan kepada KWSP.

Beliau berkata ianya selaras dengan Program Transformasi GLC yang dilaksanakan kerajaan untuk memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi pasca pandemik.

Matlamat berkenaanakan dicapai melalui ekosistem syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Setakat ini, strategi itu telah membuahkan hasil dengan pendaftaran ahli baharu yang meningkat 57% kepada 146,000 orang ahli pada suku pertama tahun 2022, manakala pencarum sukarela di bawah program i-Saraan telah melonjak 77% kepada 599,000 orang.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kadar insurans menurun

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata Pelan Perlindungan Ahli merupakan satu lagi kejayaan dalam menyediakan perlindungan sosial dan keselamatan kewangan kepada ahlinya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Perlindungan melalui insurans atau takaful adalah salah satu komponen penting dalam menjaga kesejahteraan kewangan yang digalakkan oleh KWSP kepada ahli mereka dalam usaha untuk melindungi mereka daripada ekonomi yang tidak menentu.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menerangkan tentang kepentingan insurans atau perlindungan takaful.

Ahmad Badri menjelaskan mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia pada 2020 bahawa kadar perlindungan insurans di Malaysia hanya 56.1%.

Jika mereka yang membeli dua atau lebih polisi insurans dikecualikan, kadar perlindungan insurans turun kepada 41%.

Beliau berpendapat walaupun mereka diinsuranskan, lebih daripada 90% individu tidak dapat memberi perlindungan yang sepenuhnya kepada diri dan keluarga mereka.

Apa yang lebih membimbangkan adalah hanya 4% sahaja isi rumah dalam kumpulan berpendapatan rendah yang diinsuranskan.

Oleh itu, pelan i- Lindung boleh membantu kami semasa kecemasan dan kekurangan dana. Sekiranya individu yang diinsurankan meninggal dunia, ahli keluarga boleh meneruskan hidup dengan wang insurans tersebut.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menerangkan tentang kepentingan insurans atau perlindungan takaful.

Ahli di bawah umur 55 tahun yang mempunyai baki mencukupi dalam Akaun 2, warganegara Malaysia dan pengguna i-Akaun layak untuk membeli produk di bawah i-Lindung.

Mereka yang berumur 55 tahun ke atas juga boleh membeli produk di bawah i-Lindung dengan syarat mereka berada dalam lingkungan umur kelayakan produk yang berkaitan dan mengekalkan jumlah minimum RM100 dalam Akaun 55 atau Akaun Emas.

Maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung boleh didapati melalui saluran komunikasi rasmi KWSP menerusi laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd