Now Reading
Pernah Teringin Bekal Makanan Orang Kaya, Individu Sebak Terkenang Masakan Air Tangan Arwah Ibu

Pernah Teringin Bekal Makanan Orang Kaya, Individu Sebak Terkenang Masakan Air Tangan Arwah Ibu

Anak lelaki yang sudah meningkat dewasa menyedari bahawa tiada masakan yang setanding air tangan arwah ibu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Emak merupakan insan tercinta buat anak-anak di luar sana. Wanita ini lah yang telah banyak berkorban segalanya termasuk masa dan tenaga bagi memastikan anak mereka sentiasa mendapatkan yang terbaik.

Tanpa ibu yang telah memberikan sepenuh kasih sayang, pasti anda akan berasa kesepian dan kehilangan.

Oleh itu, bagi mereka yang masih mempunyai ibu disisi, hargailah mereka selagi masih ada. Jangan menyesal di kemudian hari ya.


Anak Lelaki Nangis Terkenang Masakan Air Tangan Ibu Yang Dah Meninggal Dunia

Satu klip video telah tular baru-baru ini menerusi perkongsian di laman TikTok (@abangsejukofficial), menyaksikan seorang anak lelaki meluahkan rasa sedihnya apabila teringat semula sentuhan masakan arwah ibunya yang telah meninggal dunia.

Dalam video itu, lelaki yang bernama Ajib telah menceritakan sebuah kisah yang dilaluinya sewaktu zaman sekolah rendah.

Ajib atau lebih mesra dipanggil sebagai Abang Sejuk yang membawa bekalan makanan ke sekolah untuk dimakan pada waktu rehat, sering merasakan dirinya kecil apabila rakan-rakannya mempunyai bekalan makanan yang lebih mewah daripadanya.

Antara juadah yang diperkatakan adalah seperti ayam goreng, sosej, nuget dan juga jejari kentang.

Pada suatu hari, dia yang sudah pulang ke rumah menceritakan kepada emak tentang kisahnya yang berasa cemburu melihat anak-anak orang kaya yang dapat makan juadah mewah.

Ibunya kemudian menjelaskan kepada lelaki ini bahawa makanan yang dibawa oleh rakannya itu tidak langsung menggambarkan makanan ‘orang kaya’ seperti yang difikirkan olehnya. Menurut ibu individu ini, nuget berkenaan diperbuat daripada tonggeng ayam.

Sebak mengenangkan kata-kata ibunya, Ajib yang sudah meningkat dewasa menyedari bahawa tiada masakan yang setanding dengan masakan air tangan arwah ibu.

Sumber: TikTok (@abangsejukofficial)

“Walaupun pengkritik makanan memberikan ‘rate’ 100/100 pun tidak akan boleh lawan dengan sentuhan air tangan ibu,” katanya sambil menitiskan air mata.

Ajib yang turut kehilangan ibu tercinta berkata manusia tidak pernah bersyukur terhadap segala nikmat yang dikurniakan.

“Bukan sahaja hilang makanan, malah kehilangan seorang ibu dan masakan air tangannya”, ulas Abang Sejuk.

Sumber: TikTok (@abangsejukofficial)
@abangsejukofficial Insha Allah Doa2 Anak mu sentiasa mendampingi kubur mu ibu , ajib sentiasa mendoakan buat mama, in sha Allah moga kita berjumpa lagi di alam sana dan dapat merasa lagi hasil masakan tangan mu mama I Love You #abangsejuk ♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Kesan Buruk Makan Nuget Terhadap Kesihatan Manusia

Pasti ramai di antara anda di sini yang selalu makan makanan yang diproses dalam rutin harian. Lebih-lebih lagi bagi mereka berstatus bujang kerana ianya mudah dimasak dan menjimatkan masa.

Bukan sahaja orang dewasa, malah nuget juga menjadi kegilaan kanak-kanak yang sedang membesar. Boleh dilihat, makanan ini sering dijual di sekitar kawasan sekolah yang menyasarkan pembeli daripada golongan muda.

Sumber: Pexels

Namun perlu diingatkan, terdapat beberapa kesan buruk jika anda makan nuget dalam kadar yang berlebihan. Antaranya:

  • Mempunyai bahan pengawet yang boleh menyebabkan reaksi alahan seperti ruam dan kesukaran untuk bernafas.
  • Kandungan garam dan gula yang tinggi hingga mengakibatkan penyakit seperti diabetes.
  • Serangan jantung akibat kandungan lemak dan kolestrol yang tinggi.
  • Bahan asing dalam nuget seperti tulang, kulit dan salur darah berisiko mengalami keracunan makanan.
  • Tidak mengandungi nutrisi yang cukup dan seimbang untuk tubuh badan.

Baca Artikel Berkaitan: “Lauk Terakhir Mak Masak” – Anak Menangis Jamah Air Tangan Arwah Ibu Buat Kali Terakhir

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rindu ‘Air Tangan’ Arwah Isteri, Ayah Sanggup Bawa Bahan Mentah Untuk Minta Anak Masak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengantin Wanita Diuji, Ibu Meninggal Dunia Selepas Setengah Jam Bernikah – “Hari Bahagia Bertukar Duka”

Sumber: TikTok (@abangsejukofficial) | iMuslim Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd