Now Reading
[Video] Rindu ‘Air Tangan’ Arwah Isteri, Ayah Sanggup Bawa Bahan Mentah Untuk Minta Anak Masak

[Video] Rindu ‘Air Tangan’ Arwah Isteri, Ayah Sanggup Bawa Bahan Mentah Untuk Minta Anak Masak

Si ayah siap bawakan udang mentah dan petai ke rumah anak untuk diminta masakkan Udang Sambal Tumis Petai bagi mengubati rasa rindu pada masakan arwah isteri.

[Video] Rindu Lauk Arwah Isteri, Ayah Sanggup Bawa Bahan Mentah Minta Anak Masakkan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam banyak-banyak makanan dalam dunia, masakan mak kita juga yang paling sedap, betul tak?

Bila sudah duduk berjauhan dengan ibu bapa kerana kerja dan sudah berkeluarga, rindu juga nak merasa air tangan mak kita.

Kalau balik kampung melawat mereka, memang meriah lauk-pauk yang mak kita masak. Dah macam kenduri!

Ayah rindu lauk masakan arwah mak, siap bawa bahan mentah minta anak masakkan

Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@stapagonjeng) menunjukkan tindakan ayahnya yang sudah berumur sehingga menyentuh hati orang ramai.

Menerusi video berkenaan, warga emas itu dikatakan merindui masakan isterinya yang sudah meninggal dunia.

Betul orang kata, tiada makanan yang dapat yang menandingi air tangan seorang isteri.

Keadaan menjadi lebih sebak apabila ayahnya dilihat sanggup membawa petai dan udang mentah ke rumah anak perempuannya yang sudah berkahwin untuk meminta memasakan lauk yang sering dibuat oleh arwah isteri iaitu Udang Sambal Tumis Petai.

Abah datang rumah tadi bawa udang dan petai. Selepas itu dia kata “Ayu masakkan kejap Udang Sambal Tumis Petai”. Kesian Maey (abah) seorang tanpa Cikyam (arwah isteri).

Pengguna TikTok.

Bila tengok si ayah makan lauk itu bersama nasi dengan penuh berselera, sayu pula. Siap bawa bekal untuk dibawa balik ke rumah.

Ramai luah rasa sebak dan sedih teringat arwah bapa mereka

Di ruangan komen video berkenaan, ramai yang meluahkan rasa sebak dan sedih melihat aksi warga emas itu sehingga mengalirkan air mata.

Ada yang teringat kepada arwah bapa mereka dan ramai mendoakan kesejahteraan warga emas itu diberikan kesihatan yang baik.

Gerangan bernama ayah ini memang tak suka tunjuk mereka sedih depan anak-anak. Tapi dalam hati mereka, kita tak tahu perasaan rindu yang tidak tertanggung.

Buat yang masih ada ibu dan ayah, jagalah mereka selagi mereka masih bernyawa.

BACA JUGA: [Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd