Now Reading
“Lauk Terakhir Mak Masak” – Anak Menangis Jamah Air Tangan Arwah Ibu Buat Kali Terakhir

“Lauk Terakhir Mak Masak” – Anak Menangis Jamah Air Tangan Arwah Ibu Buat Kali Terakhir

Salah seorang ahli keluarganya terpaksa menahan sebak sambil menikmati lauk terakhir masakan mak sehingga mengalirkan air mata.

lauk terakhir mak masak sebelum meninggal dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Wanita yang digelar sebagai ibu adalah individu yang paling berharga dalam hidup kita kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir di dunia ini.

Anda ada berlian, wang berkepuk-kepuk atau rumah sebesar istana sekalipun, tiada apa yang boleh menggantikkan harta paling bernilai iaitu ibu.

Sebagai anak, kita perlulah berbakti kepada ibu bapa kita selagi mereka masih bernyawa bagi membalas jasa mereka membesarkan kita sehingga menjadi orang berjaya pada hari ini.

BACA JUGA: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

BACA JUGA: “Minta Taubat Pada Allah”- Pendakwah Kongsi Kisah Ibu Meninggal Dunia Kerana Kecewa Anak Mungkir Janji


Anak Menangis Makan Lauk Terakhir Mak Masak Sebelum Ibunya Meninggal Dunia

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok (@Boi_AsamBoy), lelaki ini berkongsi detik apabila dia dan ahli keluarga yang lain menikmati lauk terakhir dimasak oleh ibu mereka.

Difahamkan, ibu mereka bernama Norizan Bahari telah meninggal dunia pada hari Jumaat lalu (27 Mei).

Namun, situasi memilukan ini menjadi lebih sedih apabila salah seorang ahli keluarganya dilihat menikmati air tangan ibu mereka sambil menahan sebak.

Lauk masakan terakhir yang dimasak oleh ibu mereka itu pasti akan dirindui sampai bila-bila.

Alfatihah buat mak saya Norizan binti Bahari. Meninggal dunia pada Jumaat (27/5/3023). Pasni tak dapat rasa air tangan mak. Rindu tiada penghujung.

Pengguna TikTok @Boi_AsamBoy.

Video penuh hiba ini mendapat perhatian ramai sehingga meraih 266,200 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@boi_masam/video/7238824216655596802

Netizen Turut Rasa Sebak Dan Berkongsi Pengalaman Sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak apabila melihat situasi salah seorang anak yang menangis ketika menikmati lauk terakhir masakan ibunya yang telah meninggal dunia.

Ramai juga meluahkan perasaan yang tidak dapat dijelaskan jika situasi sama berlaku kepada mereka suatu hari nanti.

Percayalah, juraian air mata anda akan terus mengalir apabila membaca komen-komen yang diberikan oleh netizen apabila segelintir daripada mereka berkongsi pengalaman sama.

Ada yang katanya sanggup menyimpan selama beberapa hari hidangan terakhir yang dimasak oleh ibu mereka kerana air tangan ibu tidak dapat lagi dirasai pada akan datang.

Sebak kami baca semua komen mereka.


Amalan Yang Boleh Dilakukan Oleh Anak-anak Sekiranya Merindui Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Sebagai anak, tipulah kalau kita tak ada rasa rindu kepada ibu bapa apabila mereka sudah meninggal dunia. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kerinduan pada mereka.

Walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia, anda sebagai anak masih boleh berbakti kepada mereka dengan beberapa cara seperti berikut:

  • Mendoakan keampunan dan rahmat Allah untuk mereka.
  • Melakukan sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka.
  • Melakukan amal soleh yang dididik oleh ibu bapa.
  • Menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa kepada orang.
  • Membacakan surah al-Fatihah setiap hari.

BACA JUGA: Ramai Anak-Anak Tersilap, Ini Amalan Yang Harus Dilakukan Jika Rindukan Arwah Ibu Bapa Kita


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd