Now Reading
Ini 6 Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Anda Patut Elakkan Demi Kesihatan Minda

Ini 6 Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Anda Patut Elakkan Demi Kesihatan Minda

‘Toxic positivity’ adalah satu kepercayaan yang membuatkan seseorang untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Manusia memang tak dapat lari dari emosi sedih, marah dan kecewa. Kita bukannya sepanjang masa akan gembira, betul tak?

Kadang-kadang, kita perlukan pendengar untuk mendengar luahan hati atau menerima pendapat daripada orang lain berkaitan situasi yang dihadapi.

Sebagai pendengar yang baik, pastinya anda ingin memberikan kata-kata semangat buat mereka.

Namun tanpa disedari, anda sebenarnya telah mewujudkan situasi yang dikenali sebagai ‘toxic positivity’.

Apa itu ‘toxic positivity’?

Kredit: The Psychology Group Fort Lauderdale

Ini merupakan satu kepercayaan bahawa tidak kira betapa teruk atau sukarnya sesuatu situasi, seseorang harus kekal berfikiran positif.

Dalam hidup, tidak semua perkara yang terjadi adalah positif. Sebagai contoh apabila seseorang dibuang kerja, menghadapi masalah dengan pasangan dan sebagainya.

Walaupun emosi tersebut tidak menyenangkan, tetapi ianya penting untuk dirasai dan ditangani secara terbuka.

‘Toxic positivity’ ini boleh dianggap telah membawa tahap pemikiran positif yang terlalu ekstrem sehingga mengabaikan perasan lain.

Jenis-jenis ‘toxic positivity’

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @AimanPsikologi, terdapat beberapa jenis ‘toxic positivity’ yang boleh memudaratkan diri. Antaranya:

1. Terlalu fikir yang baik sahaja

2. Wujudkan motivasi yang tidak realistik

3. Tiada ruang untuk buat kesilapan

4. Gunakan negativiti sebagai sumber kekuatan

5. Bandingkan kesusahan orang lain

6. Abaikan perasaan selain positiviti


Senang cakap, ‘toxic positivity’ ini merupakan kata-kata yang tidak memberi ruang kepada seseorang untuk berasa tertekan dan sedih. Kena gembira dan positif sepanjang masa.

Tak boleh juga macam tu kerana manusia dilahirkan dengan pelbagai jenis emosi bergantung kepada situasi yang dihadapi.

Walaupun ‘toxic positivity’ ini nampak seperti baik, tetapi tidak berapa elok untuk kesihatan minda seseorang sebenarnya. Jadi, lebih baik kita sama-sama elakkan okey?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd