Now Reading
Gadis Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pasangan Kerana Penyakit Talasemia

Gadis Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pasangan Kerana Penyakit Talasemia

Sel darah merah di dalam badan individu menghidap Talasemia hanya mampu bertahan dalam beberapa minggu sahaja.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sebut Talasemia, mesti ramai yang kurang tahu mengenai penyakit ini. Selalunya penyakit-penyakit kritikal seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis sahaja dipandang serius oleh masyarakat.

Penyakit Talasemia juga penting untuk diberi pendedahan kepada orang ramai kerana penyakit ini mudah diwarisi daripada ibu atau bapa.

Menerusi portal MyHealth, Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah merah ataupun hemoglobin yang mencukupi dan berkualiti.

Apabila darah merah kurang dihasilkan, maka kandungan oksigen di dalam badan juga tidak mencukupi.

Penyakit Talasemia terbahagi kepada dua iaitu:

  • Pesakit (major)
  • Pembawa tanpa sebarang gejala (minor)
Kredit: Twitter @MoHFW_INDIA

Sel darah merah di dalam badan individu yang normal boleh tahan sehingga empat bulan.

Tetapi lain pula dengan individu yang menghidap Talasemia kerana sel darah merah mereka hanya mampu bertahan dalam beberapa minggu sahaja.

Berpisah demi kebaikan masing-masing

Berpisah dengan orang yang kita sayang memang memeritkan.

Namun, pasangan kekasih ini terpaksa berbuat sedemikian apabila kedua-duanya disahkan pembawa Talasemia.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @Cikmimiey, dia menceritakan kisah apabila kekasihnya juga disahkan sebagai pembawa Talasemia selepas membuat pemeriksaan sebelum ini.

Demi kebaikan bersama, mereka membuat keputusan untuk berpisah dengan cara yang baik.

Sedih sangat sebab masing-masing saling mencintai antara satu sama lain. Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan.

https://www.tiktok.com/@mdmdonut/video/7050784509851143451?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8QW7wz%2B63HXCuRblcJ8zSUEmrXoVtFdjmSzu75cZ9J6s1RTpDEF696GbtZWih0GxBzE9l3eHu25Dc2XLkGgA%3D&checksum=55bf16f6aa82d5ce07d5c524f7830d771e4c203ffa91eebd3325b481169a4a80&language=en&mid=7049694014299196186&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA3nKeresSWTVjF-_CnNT8_LVjSe1L5ERnk_uDdSmMT1iJ1qyvKmQ0wLMZ-vase3Qt&share_app_id=1180&share_item_id=7050784509851143451&share_link_id=55FF14DB-7AAC-4836-AD63-A0A44DEEBD15&source=h5_t&timestamp=1641885587&tt_from=copy&u_code=dmle10ijle8a5&user_id=306747186267090944&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1

Masing-masing faham bahaya jika meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya dan boleh merisikokan nyawa anak.

Sebelum ini, ada juga pasangan yang berdepan perkara yang sama dan mengambil keputusan untuk berpisah demi kebaikan masing-masing.

BACA JUGA: Kerana Penyakit Talasemia, Pasangan Kekasih Ini Terpaksa Berpisah

Pelbagai reaksi dari warganet

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet. Ada yang sedih dan ada juga yang memberi harapan kepada gadis ini untuk tetap bersama dengan pasangannya.

Boleh dikatakan ramai juga berkongsi pengalaman mereka yang tetap berkahwin meskipun kedua-duanya pembawa Talasemia.

Namun, ada juga yang menasihatkan mereka supaya tidak meneruskan hubungan demi kepentingan anak mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 × 1 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd