Now Reading
Kucing Selamat Dari Banjir, Sempat Jumpa Tuan Sehari Sebelum Dijemput Ajal

Kucing Selamat Dari Banjir, Sempat Jumpa Tuan Sehari Sebelum Dijemput Ajal

Kucing bernama Opisusu itu demam selepas menyelamatkan diri daripada banjir yang melanda kediaman tuannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang digemari ramai kerana wajahnya comel dan kita pun mudah terhibur dengan kerenah mereka.

Seronok bela kucing dekat rumah sebenarnya, sebab bila kita keseorangan pasti haiwan ini ada sebagai peneman.

Tapi, bila kucing peliharaan kita sudah dijemput ajal, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati.

Tak boleh nak bayangkan macam mana ada orang yang tak berhati perut boleh menyeksa kucing comel ini.

BACA JUGA: [Video] Lebih 3.2 Juta Tontonan, Wanita Ini Kongsi Rakaman CCTV Penjaga Campak Kucing Peliharaan

Kredit: Okezone Techno

Kucing peliharaan demam lepas banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Aziah Lia berkongsi kisah apabila kucing peliharaan ayah yang diberi nama Opisusu sudah dijemput ajal selepas bersama keluarga mereka hampir 18 tahun.

Menurutnya, kucing tersebut sempat menyelamatkan diri di siling rumah ketika kediaman mereka dilanda banjir.

Namun selepas kucing itu datang kembali kepada tuannya, badan haiwan ini agak lemah dan terus dibawa ke klinik.

Kata doktor, Opisusu demam dan mereka memasukkan vitamin ke dalam badannya. Tetapi seolah-olah tiada harapan untuk sembuh kerana kucing berkenaan sudah berada dalam keadaan kritikal.

Keesokan harinya, Opisusu sudah mati di pangkuan tuannya.

Kredit: Facebook Aziah Lia

Ya Allah, sedihnya!

Netizen faham perasaan hilang kucing

Hanya pencinta kucing sahaja faham betapa sedihnya bila kita kehilangan kucing yang disayangi.

Haiwan ini sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Walaupun mereka bukan manusia, tetapi mereka ada tempat yang istimewa di hati tuan mereka.

Kredit: Facebook Aziah Lia
Kredit: Facebook Aziah Lia

Ramai yang turut bersedih selepas mendengar berita pemergian kucimg tersebut. Tak boleh nak gambarkan macam mana kesedihan itu.

Kredit: Facebook Aziah Lia
Kredit: Facebook Aziah Lia

Datanglah kucing pelanduk dua serupa sekali pun, tetap tak dapat gantikan dengan kucing yang kita sayang.

Semoga Opisusu dapat jumpa kembali dengan tuannya di Syurga kelak. Amin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd