Now Reading
[Video] Pakcik Tua Berkali-kali ‘Cucuk’ Kad Di ATM. Rupanya Anak Lupa Masukkan Duit

[Video] Pakcik Tua Berkali-kali ‘Cucuk’ Kad Di ATM. Rupanya Anak Lupa Masukkan Duit

Percubaan warga emas itu untuk mengeluarkan duit tidak berjaya kerana duit di dalam akaun bank hanya tinggal RM11 dan anaknya masih belum memasukkan duit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila semakin menginjak usia, anak-anak juga akan membesar dan mempunyai kehidupan sendiri. Ada yang sibuk dengan kerjaya, ada juga yang sudah berkeluarga.

Walaupun sudah tidak tinggal sebumbung dengan ibu bapa, ada sesetengah anak yang masih berbakti kepada ibu bapa mereka dengan menghulurkan wang kepada orang tua mereka bagi menampung kehidupan seharian.

Jangan terkejut kalau ada anak yang bagai kacang lupakan kulit kerana seolah-olah tidak mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka membesarkan mereka sehingga menjadi orang yang berjaya pada hari ini.

BACA JUGA: [Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula

Anak terlupa masukkan duit dalam bank ayah

Baru-baru ini, pengguna TikTok (miyyyyyy6) berkongsi satu video apabila seorang lelaki warga emas dilihat berdiri lama di hadapan sebuah mesin ATM selepas berkali-kali mencuba untuk mengeluarkan duit tetapi tidak berjaya.

Menerusi video tersebut, warga emas itu beberapa mengelap cip pada kad bank miliknya kerana beranggapan mungkin dia tidak boleh mengeluarkan duit kerana kad tersebut mempunyai masalah.

Keadaan warga emas itu juga telah menarik perhatian seorang wanita yang menggunakan mesin ATM di sebelah warga emas tersebut dan cuba untuk membantu pakcik berkenaan.

Selepas beberapa percubaannya gagal, warga emas itu keluar dari bank dan masih mengelap cip pada kad miliknya.

Melihat keadaan itu, tunang kepada pengguna TikTok itu segera bertanya perkara sebenar kepada warga emas tersebut dan mendapati percubaannya mengeluarkan duit gagal kerana wang di dalam akaun bank hanya berbaki RM11.

Rupa-rupanya, anak pakcik tersebut masih belum memasukkan duit ke dalam akaun bank. Selepas mengetahui perkara sebenar, tunang wanita berkenaan terus menghulurkan sampul berisi duit kepada warga emas berbaju putih itu.

Sebak pula bila tengok pakcik tua itu mengucapkan syukur dan terima kasih atas pemberian berkenaan.

https://www.tiktok.com/@miyyyyyy6/video/7096837439301504282?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Warganet sebak tengok kesusahan seorang ayah

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, kebanyakan warganet sebak selepas mengetahui keadaan sebenar yang dilalui oleh pakcik itu.

Dalam masa yang sama, ramai juga berterima kasih kepada lelaki yang menghulurkan duit kepada warga emas tersebut.

Ada juga yang mendakwa pernah berjumpa dengan pakcik yang sama.


Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Bila ada masa lapang, rajin-rajinlah bertanya khabar mereka.

Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada kedua orang tua hanya kerana ingin mengejar kehidupan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa.

Duit boleh dicari, tetapi ibu bapa tiada ganti.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd