[Video] Pengantin Wanita Diuji, Ibu Meninggal Dunia Selepas Setengah Jam Bernikah – “Hari Bahagia Bertukar Duka”
Menurut Mawie, rakan baiknya yang juga pengantin wanita itu yang dikenali sebagai Ika telah melangsungkan majlis pernikahannya pada Sabtu lalu (26 Ogos).
‘Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Begitulah kehidupan kita di dunia yang hanyalah sementara sahaja.
Meskipun berat untuk kita menerima bahkan bersedia untuk lalui saat perpisahan dengan insan yang tersayang, namun bila waktunya tiba pasti kita tidak akan menduganya.
Boleh jadi di saat hari bahagia kita…
Hari bahagia pasangan raja sehari bertukar duka sekelip mata
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial hari bahagia seorang wanita bersama pasangan hidupnya selepas bergelar raja sehari bertukar duka dengan sekelip mata sahaja.
Kisah sedih itu diceritakan oleh rakan baik pengantin wanita itu sendiri yang dikenali sebagai Mawie Khaili di akaun TikTok miliknya.
Menurut Mawie, rakan baiknya yang juga pengantin wanita itu yang dikenali sebagai Ika telah melangsungkan majlis pernikahannya pada Sabtu lalu (26 Ogos).
Setengah jam selepas bernikah dapat khabar ibu nazak di hospital
Bagaimanapun, selepas setengah jam pasangan itu diijabkabulkan, Ika menerima khabar duka bahawa ibu tercintanya sedang nazak di Hospital Besar Kuala Lumpur menyebabkan dia terpaksa bergegas ke sana dan meninggalkan majlis terbabit.
Lebih menyayat hati apabila setibanya wanita itu di hospital, ibunya telahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
“Bagaimana aku nak menggambarkan perasaan yang dirasa. Gembira sedikit, tetapi dukanya yang lebih. Aku bangga dengan dia, dia kuat untuk berdiri urusankan jenazah dengan sebaik mungkin,” kata rakannya.
Kembali ke majlis persandingan selepas uruskan jenazah ibu
Selepas menguruskan jenazah ibunya, pengantin wanita itu kembali semula ke majlis pernikahannya bagi menghormati tetamu yang hadir meskipun ketika itu emosinya masih lagi bersedih.
“Walaupun keadaan dia tidak stabil, dan emosi dia terlalu sedih tetapi dia terpaksa kuatkan diri untuk kembali ke majlis persandingan dia bukan untuk meraikan tetapi untuk menghormati tetamu yang hadir,” katanya lagi.
Netizen sebak dan titipkan doa
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat nasib wanita itu yang kehilangan ibunya pada hari bahagianya bergelar raja sehari.
Netizen pada masa sama turut mendoakan agar wanita itu kuat menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah SWT.
Kami dari TRPbm turut mengucapkan salam takziah buat pengantin wanita itu sekeluarga.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.