Now Reading
“Ambil Gambar Banyak-banyak” – Pemuda Hilang 6 Ahli Keluarga Sebak Kongsi Pesanan Arwah Ibunya

“Ambil Gambar Banyak-banyak” – Pemuda Hilang 6 Ahli Keluarga Sebak Kongsi Pesanan Arwah Ibunya

Menurut Abdur Rahman, arwah ibunya gemar mengambil gambar mereka sekeluarga sebelum memulakan perjalanan ke destinasi.

ambil gambar banyak banyak (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kisah duka dialami oleh pemuda bernama Abdur Rahman Amir Ruddin berusia 19 tahun yang kehilangan enam ahli keluarganya akibat kemalangan pada Jumaat lalu (1 September) telah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Berita yang diterimanya menerusi panggilan telefon itu lebih memilukan hati apabila mendapat tahu mereka telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelaki berusia 15 tahun menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat.

Kemalangan itu berpunca apabila sebuah lori membawa muatan pasir yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.


Abdur Rahman Kongsi Pesanan Arwah Ibunya Untuk Banyakkan Ambil Gambar Keluarga

Satu kiriman gambar di dalam kereta yang disertakan dengan mesej ‘Kami balik dulu’ adalah gambar terakhir yang diterima oleh Abdur Rahman sebelum mendapat tahu keluarga terlibat dalam kemalangan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@era.je), Abdur Rahman ketika dikunjungi oleh team Radio ERA telah berkongsi salah satu pesanan yang diberikan oleh arwah ibunya.

Pemuda itu berkata arwah ibunya pernah berpesan kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga untuk perbanyakkan mengambil gambar orang tersayang.

Namun ketika berkongsi pesanan tersebut, Abdur Rahman tidak dapat menahan sebak dan ditenangkan oleh penyampai Radio ERA, Radin.

Ini pesanan ibu lah. Kalau kita ada keluarga semua, minta ambil gambar banyak-banyak.

Abdur Rahman.
ambil gambar banyak banyak (3)
Sumber: TikTok @era.je

Pemuda itu juga berkongsi tabiat arwah ibunya yang teruja untuk mengambil gambar setiap kali sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana lokasi.

Lebih memilukan lagi, arwah ibunya pernah berkata gambar-gambar itulah yang akan menjadi tatapan apabila mereka sudah tiada.

Dia selalu cakap, ala Abi ni ambil gambar pun tak nak. Nanti kalau dah tak ada baru nak rindu.

Abdur Rahman.
ambil gambar banyak banyak (3)
Sumber: TikTok @era.je

Selepas berkongsi kisah itu, Abdur Rahman sekali lagi menitiskan air mata sebelum ditenangkan oleh individu di sekelilingnya.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 477,200 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@era.je/video/7276062733974441223

Ramai Netizen Turut Rasa Sebak Dengar Pesanan Dari Arwah Ibu Abdur Rahman

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa sebak selepas melihat Abdur Rahman yang tidak dapat menahan air mata.

Sumber: TikTok

Keadaan Adik Abdur Rahman Semakin Stabil

Dalam satu perkongsian video lain di laman TikTok (@era.je), makcik kepada Abdur Rahman memberitahu bahawa keadaan adik kepada Abdur Rahman yang terselamat dalam kemalangan disahkan sudah semakin stabil.

Alhamdulillah, kondisi adik dia baik sangat. Doktor pun expect macam tu sebab wayar semua dah tarik dan dia boleh bernafas sendiri. Cuma doktor nak tunggu feedback dia lepas tiga empat hari lah.

Makcik kepada Abdur Rahman.
https://www.tiktok.com/@era.je/video/7275711757325274370

Kami turut sebak melihat video pemuda ini dan mendoakan agar Abdur Rahman tabah menghadapi dugaan ini.

‘Orang yang hebat, ujiannya juga hebat’.

Semoga Abdur Rahman sabar dan diberi ketenangan hati dengan ujian yang ditimpa kepadanya.

Artikel Berkaitan: “Biar Dia Mengadu Pada Allah” – Syarikat Taja Pemuda Hilang 6 Ahli Keluarga Tunai Umrah

Sumber: TikTok @era.je


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd