Now Reading
[Video] Pengsan Waktu Berkawad Tengah Panas, ‘Ayah’ Berlari Angkat Anak Saudara

[Video] Pengsan Waktu Berkawad Tengah Panas, ‘Ayah’ Berlari Angkat Anak Saudara

Lelaki berusia 60 tahun itu berlari sehingga tertanggal selipar semata-mata mahu mengangkat anak saudaranya yang pengsan dalam perbarisan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak kisahlah muda atau tua, tapi apabila sentuh bab pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka, memang boleh meleleh air mata. Bagi hadiah rumah atau kereta sekalipun, tak mampu nak balas jasa mereka membesarkan kita.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang membuatkan ramai tersentuh hati, lebih-lebih lagi yang hati tisu macam kami.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok (@cikpuangojes), satu momen yang cukup menyentuh hati berlaku di padang kawad Maktab Penjara Kajang ketika menyambut Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam video tersebut, salah seorang lelaki yang sedang berkawad ketika acara tersebut tiba-tiba rebah dan terjatuh di atas jalan tar.

Sumber: Facebook/Alexander Nanta Linggi

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berkenaan merupakan seorang pegawai KPDNHEP bernama Nik Mohamad Adhar Nik Ismail berusia 22 tahun. Difahamkan pemuda ini demam sejak tiga hari lepas dan pengsan semalam (21 Julai) kerana masih belum sembuh.

Namun keadaan bertukar hiba apabila seorang lelaki dipercayai bapa saudara mangsa bernama Abdul Aziz Ya’acob berlari ke arahnya anak saudaranya itu dan mengangkatnya sambil memegang dengan penuh erat.

Sumber: Facebook/Alexander Nanta Linggi

Kalau anda perasan dalam video tersebut, bapa saudaranya itu berlari sehingga terlucut selipar yang dipakainya.

Bayangkan lelaki separuh abad ini sanggup mendukung erat anak saudaranya sambil berkaki ayam di atas jalan tar yang panas. Perit macam mana sekalipun, tiada orang tua yang sanggup tengok orang kesayangan mereka sakit atau sengsara.

Berkaca jugalah mata kami tengok video di bawah.

https://www.tiktok.com/@cikpuangojes/video/7122848763575536922?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Nik Mohamad anak yatim piatu dan dijaga oleh bapa saudara

Sumber media memaklumkan Nik Mohamad, lelaki yang pengsan itu merupakan anak yatim sejak umurnya tiga bulan dan dijaga oleh bapa saudara berusia 60 tahun serta isterinya Rosmawati berusia 53 tahun.

Walaupun hanya berpangkat anak saudara, tetapi Nik Mohamad menceritakan pakcik dan makciknya menjaganya sama seperti enam orang anak kandung mereka.

Ibu kandung saya meninggal waktu saya umur tiga bulan dan ayah saya oula meninggal dunia ketika saya berusia tujuh tahun. Mereka (Abdul Aziz dan Rosmawati) jaga saya macam anak mereka sendiri.

Nik Mohamad Adhar Nik Ismail.

Menteri KPDNHEP pun mengalir air mata tengok momen tersebut

Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut menyaksikan detik ayah dan anak pada perarakan itu dan memuat naik hantaran di Facebook dengan meluahkan perasaannya yang tersentuh hati dan tidak dapat menahan air mata.

Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Kebanyakan orang ramai yang turut melihat video tersebut pun mengalirkan air mata kerana tersentuh dengan pengorbanan bapa saudara itu.

Pada masa sama, pengguna media sosial yang lain meluahkan rasa rindu kepada arwah bapa mereka yang sudah meninggal dunia.

Gerangan bernama bapa, tiada siapa boleh menggantikan mereka. Kepada anda yang masih ada ayah, hargailah mereka selagi masih bernyawa.

BACA JUGA: [Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd