Now Reading
[Video] Pemandu Tidak Ditahan Polis Selepas Terlebih ‘Reverse’ Hingga Langgar Budak 5 Tahun

[Video] Pemandu Tidak Ditahan Polis Selepas Terlebih ‘Reverse’ Hingga Langgar Budak 5 Tahun

Kanak-kanak perempuan yang dirempuh oleh sebuah kereta di hadapan kedai haiwan berhampiran Eco Grandeur, Puncak Alam dilaporkan mengalami cedera ringan.

kereta reverse langgar budak kedai haiwan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini, pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku walaupun anda berada di dalam kawasan yang selamat. Ini kerana sikap cuai seseorang telah menyebabkan individu tidak bersalah turut menerima kesannya.

Seperti kes tular baru-baru ini yang berlaku di Puncak Alam melibatkan seorang pemandu, kanak-kanak perempuan serta pemilik kedai haiwan.


Kanak-kanak Dirempuh Oleh Kereta Yang Mengundur Di Hadapan Kedai Haiwan

Menerusi hantaran video dimuat naik semula di laman Intagram (@beritamalaysia_kini), rakaman dari kamera litar CCTV menunjukkan situasi mencemaskan apabila seorang kanak-kanak perempuan dilanggar oleh sebuah kereta.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu sedang berlegar di hadapan sebuah kedai haiwan, Amycatz di Eco Grandeur, Puncak Alam dan juga kelibat beberapa orang dewasa turut berada di kawasan tersebut.

Namun secara tiba-tiba sebuah kereta berwarna kuning jenis Hyundai Elantra yang berada di hadapan kedai haiwan itu mengundurkan kenderaannya dengan laju sehingga merempuh seorang kanak-kanak perempuan.

Menyedari kanak-kanak perempuan itu dirempuh, beberapa orang awam di lokasi berhampiran cuba menarik keluar mangsa.


Kanak-kanak Yang Dirempuh Alami Cedera Ringan

Memetik laporan Kosmo, kejadian itu berlaku semalam (5 September) sekitar jam 6:40 petang melibatkan mangsa berusia lima tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin memaklumkan kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan calar pada bahagian muka serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebelum dibenarkan keluar daripada hospital.


Pemilik Kedai Haiwan, Amycatz Kongsi Rakaman CCTV Di Dalam Premis Ketika Rempuhan Berlaku

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, pemilik kedai haiwan Amycatz juga berkongsi beberapa gambar serta video ketika dan selepas rempuhan berlaku.

Dalam video itu, ruangan hadapan premis berkenaan dipenuhi dengan timbunan pasir kucing dan menjadi tempat sementara seekor kucing berbaring.

Kejadian yang berlaku tidak merekodkan kemalangan jiwa mana-mana pihak melibatkan pelanggan premis itu namun hanya seekor kucing sahaja yang tercampak ketika insiden rempuhan terjadi.

Dalam pada itu, pemilik kedai haiwan menjelaskan kesemua pihak termasuklah pemandu kereta, keluarga mangsa serta dirinya telah membuat laporan polis dan menyelesaikan masalah ini dengan cara baik.


Pihak Polis Tidak Menahan Pemandu Selepas Memberi Keterangan

Susulan insiden yang berlaku, pemandu terbabit tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

Siasatan mendapati pemandu lelaki berusia 30an itu dalam perjalanan untuk mengambil anaknya dari sebuah tadika.

Setibanya di lokasi, pemandu itu yang mengundur untuk memasuki petak parkir dipercayai tertekan pedal minyak secara mendadak sehingga mengundur laju. Kereta itu kemudian melanggar mangsa yang juga pejalan kaki dan pintu depan premis kedai tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin.
Sumber: Facebook Aniq Zyan

Selepas memberi keterangan, tiada penahanan dilakukan terhadap pemandu tersebut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: Tular Avanza Mengundur Laju Rempuh 11 Pelanggan Jamu Selera, MBMB Pertimbang Pasang Bollard [Video]

Sumber: Kosmo | Instagram beritamalaysia_kini | Facebook Amycatz | X (Twitter @faizfayeshz)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd