Now Reading
[Video] Piknik ‘Atas Langit’ Bawah Air Terjun, Ramai Gerun Lihat Pasangan Buat Aksi Berani

[Video] Piknik ‘Atas Langit’ Bawah Air Terjun, Ramai Gerun Lihat Pasangan Buat Aksi Berani

Pasangan itu kelihatan sedang menikmati makanan di atas meja yang digantung menggunakan tali di bawah air terjun dipercayai di Dubai.

piknik atas udara bawah air terjun dubai (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada anda yang gemar berpiknik dengan rakan-rakan atau pasangan, kebiasaannya kawasan seperti di taman berumput hijau, ruang berpenghawa dingin atau pondok kecil menjadi pilihan.

Tapi pernah tak anda terfikir untuk berpiknik atas langit? Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya untuk piknik di kawasan tinggi?

Jangan nak tengok bawah, nak pegang sudu pun boleh menggigil!


Pasangan Piknik ‘Atas Langit’ Dengan Meja Digantung Pada Tali

Jangan terkejut kerana memang wujud individu yang dikatakan membuat kerja tidak masuk akal dengan berpiknik di kawasan yang tidak pernah disangka-sangka.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman X (Twitter @googlemyhustle_), pasangan lelaki dan wanita ini dilihat sedang menikmati makanan mereka ketika sedang berpiknik dengan cara yang unik.

Bukan biasa-biasa ya kerana mereka makan di atas meja yang digantung pada tali sambil memakai alat keselamatan diri pada badan.

Kalau anda tengok lokasi mereka yang dipercayai berada di Dubai, memang meremang bulu roma!

Persekitaran piknik mereka itu menunjukkan ia berada di tengah-tengah udara di bawah air terjun. Tak pernah dibuat orang!


Netizen Gerun Tengok Pasangan Buat Kerja Tak Masuk Akal

Di ruangan komen, ramai netizen merasakan aksi pasangan tersebut agak tidak masuk akal kerana dilakukan di lokasi yang terlalu tinggi.

Ada yang membayangkan jika mereka tersilap langkah sehingga menjatuhkan telefon bimbit ke bawah dan termasuk ke dalam air terjun.

Siap ada yang ingat mungkin lokasi itu adalah ‘green screen’ kerana terlalu tidak percaya.

Sumber: Twitter

Akrofobia, Takut Kepada Ketinggian

Mungkin kalau sesetengah pihak diberi peluang untuk melakukan akitiviti ini, tidak ramai yang berani melakukannnya. Terfikir juga macam mana nak makan sambil mengawal diri untuk tidak terlalu terketar-ketar.

Kalau anda mempunyai Akrofobia, mungkin aktiviti di kawasan yang tinggi adalah tidak bersesuaian. Untuk makluman, ketakutan ini juga dikategorikan sebagai ‘anxiety disorder’.

Antara petanda jika anda mempunyai ketakutan terhadap ketinggian adalah seperti:

  • Berasa gelisah
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar-debar lebih laju
  • Sukar untuk bernafas

Sehingga kini, pengkaji masih belum menemui punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami Akrofobia.

Artikel Berkaitan: 5 Tempat Piknik Menarik Di Sekitar KL & Selangor. Ayuh!

Artikel Berkaitan: 7 Pantai Menarik Di Selangor. Piknik Pun Best Ni!

Sumber: Twitter @googlemyhustle_ | Cleveland Clinic


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd