Now Reading
5 Tempat Piknik Menarik Di Sekitar KL & Selangor. Ayuh!

5 Tempat Piknik Menarik Di Sekitar KL & Selangor. Ayuh!

Negeri Selangor dan KL sememangnya kaya dengan tempat-tempat yang cantik untuk piknik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kerajaan beri kelonggaran boleh keluar rumah buat aktiviti, memang ramai orang teruja sangat.

Dah terfikir nak buat macam-macam aktiviti yang tertangguh selama ni dengan keluarga dan kawan-kawan.

Antara aktiviti yang turut menjadi tumpuan sekarang ini adalah piknik.

Untuk sesiapa yang bercadang nak piknik tapi tak tahu nak pergi mana, kami boleh bantu anda dengan menyenaraikan beberapa tempat cantik di sekitar KL dan Selangor.

1. Taman Saujana Hijau

Kredit: Instagram/ftnzaini

Terletak di Putrajaya, Taman Saujana Hijau menjadi salah satu pilihan untuk dikunjungi orang ramai. Bukan setakat boleh berkelah, kalau anda nak berjogging atau buat aktiviti riadah lain pun seronok tau dekat sini.

Untuk yang suka bergambar, Taman Saujana Hijau memang tempat sesuai sebab banyak pohon-pohon pinus yang rendang serta lereng bukit yang cantik.

Taman seluas 41 hektar ini juga mempunyai 3 jenis taman iaitu Taman Eropah, Taman Oriental dan Taman Inggeris. Dah lah cantik, masuk percuma pula tu.

2. Taman KLCC

Taman KLCC semestinya menjadi tempat yang popular untuk berkelah dan lepak dengan kawan-kawan.

Boleh bayangkan tak sambil makan sandwich dengan menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas. Fuh, memang layan.

Yang lagi best, Taman KLCC ini family-friendly tau sebab ada taman permainan kanak-kanak dan kolam renang. So, bolehlah bawa anak-anak beriadah sekali.

3. Taman Botani Perdana

Taman seluas 227 hektar ini juga dikenali sebagai Taman Tasik Perdana. Kawasan ini turut menjadi lokasi menarik untuk berkelah sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur.

Beberapa tarikan menarik di sini termasuklah air terjun setinggi 4 meter, air pancut dan bangunan kolonial yang kini telah diubah menjadi sebuah galeri.

4. Taman Tasik Titiwangsa

Dahulunya menjadi tempat perlombongan bijih timah semasa pemerintahan British, siapa sangka Taman Tasik Titiwangsa kini menjadi tasik yang cukup indah.

Taman ini juga menjadi tempat popular untuk orang ramai melakukan aktiviti riadah seperti berjogging dan berbasikal.

Ramai tak tahu yang sebenarnya taman ini juga adalah salah satu lokasi yang menarik untuk berkelah dengan keluarga ataupun rakan-rakan.

Sambil makan kek tepi tasik tu, bolehlah menikmati pemandangan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur.

5. Pantai Bagan Lalang

Kalau anda sudah bosan dikelilingi dengan hutan konkrit, apa kata anda cuba pergi kawasan yang lebih santai iaitu di Pantai Bagan Lalang.

Haa, ingat Selangor tak ada pantai ke?

Kalau nak lagi best, anda boleh datang pada waktu petang sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa.

Jangan lupa jalan-jalan dengan partner tepi pantai tu. Barulah romantik.

Wahh, gitu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd