7 Pantai Menarik Di Selangor. Piknik Pun Best Ni!
Antara pantai yang menarik di Selangor adalah sekitar Banting, Sabak Bernam dan Sepang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila penduduk Selangor teringin nak ‘healing’ di pantai untuk menenangkan fikiran, mesti ramai yang akan ke Port Dickson (PD) atau Melaka kerana ini antara lokasi yang berhampiran Selangor.
Mungkin ramai tak tahu Selangor pun ada beberapa pantai menarik untuk anda yang suka layan angin petang di tepi pantai.
Baru-baru ini juga seorang pengguna Twitter (@Pelabur_Bijak) telah berkongsi beberapa pantai sekitar negeri Selangor yang anda boleh datang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Tak perlu dah pergi jauh-jauh. Selangor pun ada pantai ya! Antaranya seperti berikut:
1. Pantai Di Selangor: Pantai Morib, Banting

Pantai Morib boleh dikatakan antara yang terkenal di Selangor kerana ia adalah tempat bersejarah di mana tentera British mendarat pada tahun 1945 untuk mengambil alih semula Tanah Melayu daripada Jepun.
Selain itu, pantai ini juga mempunyai pemandangan laut yang sangat luas dan paling penting, angin pun kuat. Memang layan!
Difahamkan, Pantai Morib mempunyai dua bahagian iaitu yang lama dan baharu.
2. Pantai Di Selangor: Pantai Bagan Lalang, Sepang

Kepada anda yang suka hidangan laut yang segar dan murah, Pantai Bagan Lalang adalah lokasi yang paling tepat.
Di sini, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan laut yang dimasak mengikut citarasa masing-masing.
Bukan setakat ada banyak makanan laut, Pantai Bagan Lalang juga terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik.
3. Pantai Di Selangor: Sky Mirror Pantai Sasaran, Kuala Selangor

Pantai ini digelar sebagai Sky Mirror kerana fenomena semula jadi yang jarang berlaku ada di sini di mana permukaan air laut seolah-olah seperti cermin apabila pasang surut pada waktu tertentu.
Nak ke pantai ini katanya perlu naik bot dan tak jauh dari Pantai Remis.
4. Pantai Di Selangor: Pantai Remis, Kuala Selangor

Pantai Remis adalah pantai peranginan yang tenang di Kuala Selangor dan sesuai untuk anda menikmati suasana alam semula jadi yang nyaman di sini.
Selain itu, nak buat aktiviti riadah seperti memancing, berjalan-jalan di sepanjang tebing pantai pun best juga. Katanya makanan laut di sini pun ada bermacam-macam jenis.
5. Pantai Di Selangor: Pantai Redang, Sekinchan

Walaupun pantai ini tidaklah berapa besar, tetapi pemandangannya memang cantik. Di sini juga ada banyak ‘tree house’ yang dibina sendiri oleh penduduk tempatan sebagai tempat rehat atau penginapan.
6. Pantai Di Selangor: Pantai Kelanang, Banting

Pantai Kelanang di Banting ini adalah sebuah pantai yang terletak berhampiran dengan Pantai Morib. Pantai ini mempunyai batu-batu karang yang besar dan cantik serta dipenuhi dengan pokok bakau.
Selain itu, Pantai Kelanang ini dihiasi dengan pokok Rhu yang menjadi tempat berteduh buat para pengunjung.
7. Pantai Di Selangor: Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam

Pantai Bagan Nakhoda Omar ini berhampiran dengan sempadan negeri Perak dan jeti. Jadi, bolehlah anda menikmati pemandangan bot nelayan keluar ke laut dan pulang ke jeti.
Bukan itu sahaja, pantai ini turut menjadi lokasi ideal untuk mereka yang suka berkelah dan memancing. Katanya di sini juga penuh dengan kulit kerang.
Majoriti yang pergi PD ni orang Selangor kan?
— Pelabur Bijak (@Pelabur_Bijak) March 13, 2023
Pergi je pantai dekat Selangor ni,lebih kurang PD juga kalau mandi laut dia badan mesti gatal-gatal juga kalau kulit tu sensitif…
so…
7 Pantai yang orang Selangor wajib pergi 👇🏼 https://t.co/8AGN0TZply
Lokasi Piknik Yang Menarik Sekitar Lembah Klang
Selain di pantai, terdapat banyak lagi tempat untuk berkelah yang seronok dan sesuai untuk keluarga serta rakan-rakan di sekitar Lembah Klang.
Yang paling penting, tempat tersebut bersih dan juga ‘Instagramable’ untuk mereka yang suka ber-OOTD.
Antara lokasi menarik untuk berpiknik sekitar Lembah Klang adalah seperti:
- Taman Saujana Hijau, Putrajaya
- Taman KLCC
- Taman Botani Perdana
- Taman Tasik Titiwangsa
- Desa Park City
- Taman Rekreasi Bukit Jalil
- Taman Lembah Kiara
BACA JUGA: 5 Tempat Piknik Menarik Di Sekitar KL & Selangor. Ayuh!
BACA JUGA: Pantai Floria Di Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Baharu Untuk Orang Ramai
BACA JUGA: Terleka Jalan-jalan Di Pantai, 3 Individu Cemas Kereta Hampir ‘Ditarik’ Masuk Laut
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.