Now Reading
Ibu Bapa Rayu Bantuan RM100,000 Untuk Tampung Kos Rawatan Bedah Jantung Anak

Ibu Bapa Rayu Bantuan RM100,000 Untuk Tampung Kos Rawatan Bedah Jantung Anak

Nur Irdina Sofia telah menjalani tiga pembedahan akibat komplikasi jantung kongenital yang telah disahkan sejak kecil.

kanak-kanak autisme sakit jantung

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesihatan adalah antara nikmat berharga dikurniakan oleh Tuhan kepada setiap manusia di muka bumi.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap daripada kita untuk menitik beratkan kesihatan diri masing-masing kerana ia adalah aset utama bagi kita meneruskan hidup dengan sihat pada masa hadapan.

Namun begitu, bukan semua di antara kita yang bernasib baik. Inilah nasib malang menimpa seorang kanak-kanak Autisme bernama Nur Irdina Sofia yang disahkan mengalami masalah komplikasi jantung kongenital sejak kecil.


Kanak-kanak Autisme Lalui 3 Pembedahan Kerana Penyakit Jantung Sejak Kecil

Memetik laporan Harian Metro, Irdina yang berusia enam tahun telah disahkan menghidap penyakit kronik iaitu komplikasi jantung kongenital sejak kelahirannya. Sehingga kini, Irdina dikatakan telah menjalani tiga pembedahan. Dua di antara pembedahan yang dilaluinya sewaktu usia dua bulan hingga tiga tahun adalah termasuk ‘BT Shunt’ dan ‘Glenn Shun’. 

Namun begitu, keadaan Irdina yang dipercayai masih belum pulih sepenuhnya dan dikhabarkan perlu menjalani pembedahan keempat yang dipanggil sebagai prosedur Fontan.

Untuk makluman, prosedur pembedahan ini bakal dijalankan di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur (GHKL) dan mencecah kos setinggi RM100,000. Adik Irdina akan dibawa ke GHKL untuk rawatan pada setiap enam bulan manakala kos ubat-ubatannya sebanyak RM1,000 akan ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Menurut ibu angkatnya yang bernama Nurul Diyanah Othman, 34, seorang suri rumah bersama suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu traktor memperoleh pendapatan sebanyak RM1,500 sahaja sebulan. Oleh itu, mereka tidak mampu untuk menampung kesemua kos pembedahan adik Irdina. 

Tambah Diyanah lagi, adik Irdina yang diambil sebagai anak angkat pada tahun 2017 asalnya kelihatan seperti bayi lain yang normal dan tidak mempunyai sebarang masalah. Namun selepas mendapati Irdina mempunyai masalah jantung, kedua-dua pasangan ini reda dalam memikul tanggungjawab untuk membesarkannya sehingga ke hari ini.


Ibu Bapa Irdina Rayu Sumbangan Ikhlas Orang Ramai

Menerusi keterangan oleh ibunya Diyanah, dia berharap agar anak kesayangannya boleh memperoleh kesembuhan dan dapat meneruskan kehidupannya seperti rakan sebaya yang lain di tadika. 

Buat mereka yang berniat untuk memberikan sumbangan kepada adik Irdina, anda boleh menyalurkan bantuan dalam bentuk wang tunai atau cek bersama nama penuh kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP atau melalui kaedah seperti berikut:

  • Alamat: Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.
  • Akaun bank Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP:
    • Maybank: 5141-0532-3170
    • Bank Muamalat: 1401-0008-8427-18

Kenali Simptom-simptom Penyakit Jantung Kongenital

Untuk pengetahuan umum, penyakit jantung kongenital ini sering dikenalpasti melalui denyutan jantung yang kurang normal semasa para wanita melakukan ujian ultra-bunyi kehamilan.

Apabila doktor mengesan perkara ini berlaku, beberapa ujian lain akan dilakukan bagi memastikan sama ada seseorang itu mempunyai penyakit berkenaan atau tidak.

Ujian yang dikatakan adalah seperti ekokardiogram, imbasan x-ray dada, atau imbasan MRI.

Sumber: Pexels

Buat ibu bapa di luar sana, berikut adalah antara simptom-simptom bayi anda menghidapi kecacatan jantung kongenital. Antaranya:

  • Bibir, kulit, jari tangan dan kaki berwarna biru.
  • Sesak nafas atau masalah untuk bernafas.
  • Sukar untuk makan.
  • Berat semasa lahir terlalu ringan.
  • Sakit dada.
  • Pertumbuhan yang lambat.

Kepada bayi anda yang berkemungkinan mempunyai gejala di atas, ibu ayah disarankan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor dalam kadar segera.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Autisme Maut Lepas Terkurung 3 Jam Dalam Van Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: 16% Kes Kematian Di Malaysia Kerana Sakit Jantung. So Please, Jaga Hati

Sumber: Harian Metro | Hello Doktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd