Now Reading
Tuah Jadi Graduan Ke 1 Juta UiTM, Wanita Terima Hadiah Motor & Yuran Pengajian Ijazah Percuma

Tuah Jadi Graduan Ke 1 Juta UiTM, Wanita Terima Hadiah Motor & Yuran Pengajian Ijazah Percuma

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor menyifatkan hadiah yang diberikan ini juga sempena menyambut ulang tahun UiTM yang ke-24 pada 26 Ogos ini.

graduan ke 1 juta uitm (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas beberapa tahun menganut pengajian di universiti, majlis konvokesyen adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar untuk memegang skrol.

Segala pengorbanan bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran pasti akan berbaloi apabila diiringi dengan keputusan cemerlang.

Walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan cabaran, percayalah kenangan pahit manis itu akan sentiasa diingati.


Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tersenarai Dalam ‘Malaysia Book Of Records’ Selepas Raih Satu Juta Skrol Di Majlis Konvokesyen

Semalam (20 Ogos), Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah meraih Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas mendapat pengiktirafan sebagai universiti pertama yang menganugerahkan satu juta skrol kepada graduan.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM turut dihadiri oleh wakil MBOR, Siti Nurhanim Mohd Noh yang ditugaskan untuk menyampaikan sijil pengiktirafan Satu Juta Skrol kepada Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Sumber: Twitter UiTM Official

Graduan UiTM Ke 1 Juta Terima Ganjaran Istimewa

Majlis konvokesyen buat graduan Diploma Sains UiTM kampus Arau, Perlis iaitu Nur Liyana Athirah Izani Sulaiman berusia 22 tahun menjadi lebih istimewa apabila dia menjadi penerima skrol yang ke satu juta UiTM.

Memetik laporan Kosmo, graduan berkenaan telah dihadiahkan sebuah motosikal daripada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) bernilai RM5,397.

Bukan itu sahaja, dia juga menerima beberapa hadiah lain seperti:

  • Cermin mata daripada La Calisto Sdn Bhd.
  • Penginapan di Grand Swiss-Belhotel Melaka.
  • Tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
  • Yuran percuma untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah di UiTM.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor menyifatkan hadiah yang diberikan ini juga sempena menyambut ulang tahun UiTM yang ke-24 pada 26 Ogos ini.


Netizen Beri Komen Positif, Tumpang Bangga Dengan Graduan UiTM Ke 1 Juta

Penganugerahan yang diterima oleh UiTM sebagai universiti pertama meraih satu juta graduan mendapat perhatian ramai netizen menerusi hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter (@localrkyt).

Netizen dilihat menumpang gembira selepas graduan bertuah itu mendapat pelbagai hadiah menarik daripada pihak universiti.

Memang bertuah betul wanita itu. Confirm rasa macam dapat durian runtuh!

Sumber: Twitter

Tips Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Bekerja

Kepada para graduan yang baru sahaja melangkah masuk ke alam pekerjaan, pasti ramai yang bergelut untuk menyesuaikan diri untuk menguruskan kewangan peribadi.

Pengurusan kewangan seawal gaji pertama adalah sangat penting kerana ia dapat mengawal perbelanjaan setiap bulan selain menentukan jumlah tabung simpanan.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk menguruskan kewangan dengan lebih mudah bagi ‘fresh graduate’. Antaranya:

  • Tidak terburu-buru dalam membeli rumah.
  • Membuat perancangan sebelum berkahwin.
  • Mengetahui kemampuan dalam membayar komitmen bulanan.
  • Tidak ‘self-reward’ melebihi 10% daripada jumlah gaji.
  • Komitmen kereta bulanan tidak melebihi 25% daripada gaji bersih.
  • Tidak membandingkan harta dengan rakan-rakan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu golongan graduan dalam menguruskan kewangan selepas mendapat gaji pertama dan seterusnya.

Artikel Berkaitan: Ini 7 Tips Uruskan Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Melangkah Ke Alam Pekerjaan

Artikel Berkaitan: 72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing

Sumber: Kosmo | Twitter UiTM Official


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd