Now Reading
Ini 7 Tips Uruskan Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Melangkah Ke Alam Pekerjaan

Ini 7 Tips Uruskan Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Melangkah Ke Alam Pekerjaan

Menguruskan kewangan seawal gaji pertama ini penting kerana ia dapat mengawal perpelanjaan kita setiap bulan selain menentukan berapa jumlah simpanan yang perlu disimpan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, pastinya kebanyakan orang sedang bergelut dengan masalah kewangan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Yang paling terkesan, pastinya golongan bergaji kecil dan para graduan yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan dengan mendapat bayaran yang minimun mengikut kelayakan.

Kebanyakan ‘fresh graduate’ ini tidak begitu demand dengan gaji yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat memandangkan mereka menyedari bahawa peluang pekerjaan juga sangat terhad.

Jadi, apa yang telah terhidang di depan mata, ambil saja. Kalau dilepaskan risau yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran pula.

Oleh itu, kami akan berkongsi cara terbaik untuk menguruskan kewangan bagi ‘fresh graduate’.

Gambar sekadar hiasan (Sumber: Pexels)

1. Jangan terburu-buru beli rumah

Semua orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri kan? Tapi bagi yang baru masuk ke alam pekerjaan korang jangan terburu-buru memandangkan gaji masih kecil dan harga rumah pula semakin tinggi.

Gambar sekadar hiasan (Sumber: Pexels)

Jadi korang sebaiknya belajar dahulu ilmu mengenai hartanah dan baru buat keputusan untuk membeli rumah.

Kalau boleh elakkan beli rumah di usia muda, jika masih tidak berkemampuan. Jangan paksa diri, buat sementara waktu sewa flat atau apartment dah memadai.

2. Buat perancangan sebelum kahwin

Sebelum korang menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, sila buat perancangan kewangan terlebih dahulu.

Ambil kira semua komitmen yang bakal ditanggung seperti rumah sewa, barang dapur, perabot rumah, duit untuk bakal anak nanti dan pelbagai lagi.

Gambar sekadar hiasan (Sumber: Pexels)

Buat kira-kira dengan teliti supaya korang tahu yang korang dah layak untuk menangung keluarga atau belum. Ingat jangan menyesal di kemudian hari kerana masalah kewangan.

3. Ketahui kemampuan dalam membayar komitmen bulanan

Tidak dinafikan plan pelindungan diri amatlah penting, jadi jika korang ingin mengambil insurans atau takaful pastikan bayaran bulanan tidak melebihi 10% daripada gaji korang.

Jika ingin melabur pula, sila letakkan 20% daripada gaji korang di tempat pelaburan yang selamat, terjamin, dan patuh syariah.

Gambar sekadar hiasan (Sumber: Pexels)

Selain itu, pastikan hutang bulanan (komitmen) tidak melebihi daripada 60% gaji korang. Sekiranya hutang korang terlebih, status kewangan korang sedang berada di zon merah.

4. Boleh berbelanja tapi tidak melebihi 10% gaji

Siapa yang tidak mahu ‘self reward’ diri sendiri selepas sebulan bertungkus-lumus penat bekerja.

Tak salah nak enjoy pada setiap bulan, tapi pastikan ianya tidak melebihi 10% dari gaji korang.

Kalau dah terlebih, kena sedar dirilah dan cuba kawal nafsu dalam berbelanja perkara yang bukan keperluan.

5. Pembayaran bulanan kereta tidak melebihi 15% daripada gaji bersih

Kalau memasang impian untuk membeli kereta, korang kena buat kira-kira juga. Pastikan harga bulanan kereta tidak melebihi 15% daripada gaji korang.

Harga kereta yang korang layak beli ialah “darabkan gaji dengan 12”, baru korang akan dapat jawapannya. RM2500 x 12=30,000. Jadi, korang layak untuk membeli kereta bawah daripada RM30,000.

Gambar sekadar hiasan (Sumber: Pexels)

6. Jangan termakan hasutan kawan

Jangan termakan dengan hasutan rakan sekerja yang berlumba-lumba nak beli kereta import. Biar nampak tak bergaya, tetapi bijak menguruskan duit.

Jangan mudah termakan hasutan kawan dalam berbelanja atau memiliki sesuatu barangan, kena sentiasa ukur baju di badan sendiri.

Kalau kawan hasut suruh beli kereta baru atau telefon pintar yang mahal, korang jangan mudah terpengaruh. Kena sentiasa kawal diri dalam berbelanja.

7. Cantikkan rekod CCRIS demi masa hadapan

Kebanyakan siswa akan membuat pinjaman terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), jadi korang yang mempunyai hutang dengan PTPTN selepas tamat pelajar pastikan konsisten membayar pada setiao bulan.

Ini kerana bayaran PTPTN yang cantik akan mencantikkan lagi korang punya rekod CCRIS, jadi nanti nak mohon loan daripada bank senang.

Kalau rekod CCRIS dah terjejas, pastikan korang perbaiki rekod itu dalam masa 12 bulan ke hadapan kerana pihak institusi kewangan akan melihat rekod pada 12 bulan ke belakang setiap kali korang memohon pembiayaan daripada bank.

Bagi yang tidak mengetahui, CCRIS adalah Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit yang datang daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Semua laporan kredit CCRIS disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit BNM. Di sinilah semua maklumat kredit dari pelbagai syarikat kewangan di Malaysia terlibat, seperti bank, broker insuran, dan ada juga pihak swasta.

Di dalam laporan CCRIS tu ada pelbagai info yang membantu institusi kewangan seperti bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman korang.

Diharapkan, perkongsian ini dapat membantu anda terumatanya golongan fresh graduate dalam mengurus kewangan.

Inga! segala yang dilakukan hari ini akan menentukan masa depan korang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd