Now Reading
Universiti Di Amerika Syarikat Tawar Kursus Psikologi Sosial Tentang Taylor Swift

Universiti Di Amerika Syarikat Tawar Kursus Psikologi Sosial Tentang Taylor Swift

Kursus terbaharu yang ditawarkan oleh Arizona State University di Amerika Syarikat diberi nama ‘Psychology of Taylor Swift – Advanced Topics of Social Psychology’.

kursus psikologi taylor swift

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penyanyi antarabangsa yang terkenal dengan lagu Blank Space, All Too Well dan Love Story iaitu Taylor Swift telah mencetuskan fenomena yang cukup besar di seluruh dunia.

Mana tidaknya, tiket jualan konsert ‘The Eras Tour’ di Singapura selama enam hari pada bulan Mac 2024 telah menjadi rebutan ramai dan habis terjual dalam tempoh kurang daripada satu hari.

Bukan itu sahaja, kesemua 10 tempat teratas carta muzik antarabangsa Billboard 100 pada bulan November 2022 ‘disapu’ habis oleh lagu-lagu Taylor Swift dari album terbaharunya berjudul ‘Midnights’.

Memang lain macam ya penangan Taylor Swift!

Artikel Berkaitan: Taylor Swift Jadi Artis Pertama Duduki Kesemua 10 Lagu Teratas Carta Billboard 100

Artikel Berkaitan: Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai


Arizona State University (ASU) Di Amerika Syarikat Tawar Kursus Psikologi Taylor Swift

Baru-baru ini, sebuah universiti di Amerika Syarikat iaitu Arizona State University (ASU) dilaporkan telah menawarkan kursus terbaharu melibatkan Taylor Swift

Memetik sumber dari laman universiti tersebut, kursus itu diberi nama Psikologi Taylor Swift atau Psychology of Taylor Swift – Advanced Topics of Social Psychology.

kursus-psikologi-taylor-swift-1
Sumber: Instagram Taylor Swift

Dalam kursus ini, para pelajar akan mendalami tentang psikologi melibatkan kerjaya, hubungan romantik, balas dendam, gaya kehidupan dan pembangunan sosial Taylor Swift.

Matlamat kursus ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pelbagai topik berkaitan psikologi sosial melalui pembacaan empirikal, perbincangan dalam kelas, dan penjanaan soalan penyelidikan.

Kursus yang ditawarkan ketika musim luruh ini akan diajar oleh pengajar berkelulusan PhD bernama Alexandra Wormley.

Sumber: Arizona State University

Wormley menjelaskan dia akan menggunakan beberapa album Taylor Swift seperti Reputation untuk mendalami situasi dendam yang dikaitkan dalam lagu-lagunya.

Album Reputation menunjukkan kemunculan semula Taylor Swift dan dikatakan mahu membalas dendam terhadap konflik yang berlaku melibatkan Kim Kardashian serta Kanye West. Para pelajar tahu tentang perkara ini tetapi adakah mereka faham kenapa kita tertarik dengan dendam? Pembelajaran tentang psikologi sosial boleh memberi penjelasan yang lebih mendalam.

Tenaga pengajar, Alexandra Wormley.

Kursus Melibatkan Taylor Swift Di ASU Bukanlah Yang Pertama Di Amerika Syarikat

Pada Mei 2022, Taylor Swift atau nama sebenar Taylor Alison Swift berusia 33 tahun  telah menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) dengan disaksikan oleh lebih ribuan penonton termasuklah graduan tahun 2022 di Stadium Yankee.

kursus-psikologi-taylor-swift-1
Sumber: Esquire

Susulan itu, kursus yang diberi nama Taylor Swift Course telah diwujudkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute yang berada di bawah pengurusan NYU.

Pembelajaran di dalam kursus itu membolehkan pelajar mempelajari evolusi Taylor Swift merangkumi usahawan muzik kreatif, warisan penulis lagu pop serta country, wacana belia dan politik perkauman dalam muzik popular kontemporari.

Lebih mengujakan lagi, kursus ini diajar oleh penulis Rolling Stone iaitu Brittany Spanos.

Artikel Berkaitan: Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!

Sumber: Arizona State University | Billboard


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd