Wanita Gelisah Diganggu Bekas Pekerja ‘Psiko’ Lebih Dari Setahun, Sanggup Hubungi HQ Untuk Jejaki Mangsa
Wanita dikenali sebagai Afifah mendakwa bekas pekerjanya telah mencipta pelbagai akaun media sosial palsu semata-mata mahu menghubungi dirinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Isu melibatkan keselamatan wanita sebelum ini menjadi perbualan hangat apabila seorang jurugambar melaporkan dirinya telah diekori oleh lelaki tidak dikenali sejak lapan tahun lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Acacia Diana telah membuat beberapa laporan polis di Malaysia tetap masih tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap pengintip tersebut.
Lebih menmbimbangkan lagi, pengintip itu pernah mengekori Acacia sehingga ke United Kingdom.
Artikel Berkaitan: Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan
Artikel Berkaitan: Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu
Wanita Dedah Diri Diganggu Bekas Pekerja Sejak Tahun Lalu
Terbaharu, seorang pengguna Twitter (X) (@fifahroslan) dikenali sebagai Afifah pula mendedahkan dirinya juga diganggu oleh seorang lelaki sejak tahun lalu sehingga ke hari ini.
Situasi tersebut membuat dia berada dalam keadaan tertekan, trauma dan ketakutan kerana diganggu oleh seorang lelaki dipercayai bekas pekerjanya.
Afifah memberitahu dia kurang selesa dengan lelaki tersebut semasa berkerja kerana sering membuat panggilan video pada waktu malam.
Dia ex staff I masa I buat business kopi. Sepanjang bekerja I memang tak pernah rasa selesa langsung dengan dia. Business partner I yang akan berurusan dengan dia. Dia selalu video call I malam-malam tapi I tak pernah angkat. Hanya berurusan melalui text sahaja.
Pengguna Twitter, Afifah.
Pada Februari tahun lalu, lelaki dikenali sebagi Amril itu telah berhenti kerja tanpa memberi sebarang notis.
Namun sebulan selepas itu, lelaki tersebut dipercayai menghubungi Afifah semula tetapi dia bertindak memberikan panggilan tersebut kepada rakan kongsi perniagaan (business partner) untuk berkomunikasi dengan Amril.
Bermula dari hari itu, Afifah mula diganggu oleh bekas pekerjanya menerusi pelbagai platform media sosial serta meluahkan perasaan cintanya kepada wanita tersebut.
Lelaki itu meluahkan perasaan cintanya kepada Afifah dan mendakwa mereka telah menghina dirinya.
Dia cari I dekat semua platform. WhatsApp, Telegram, Instagram, Twitter, Facebook, LinkedIn, termasuklah media sosial perniagaan sekali. I automatically blocked whenever I saw his name. But he will never stop.
Pengguna Twitter, Afifah.
Pada April 2022 ketika Afifah sedang mengerjakan ibadah Umrah di kota suci Mekah, dia masih menerima mesej daripada lelaki itu yang tidak putus-putus mengganggu dirinya sehingga cuba untuk membuat panggilan video.
Situasi berkenaan membuatkan Afifah tidak tenang dan memberitahu kepada lelaki tersebut untuk tidak mengganggunya lagi.
Menjelang tarikh 29 Mei 2022 pula, lelaki terbabit dikatakan telah membuat akaun baharu di media sosial dan mula menghantar mesej pelik.
Lebih membimbangkan lagi, Afifah turut menerima ‘voicemail’ daripada bekas pekerjanya itu meskipun telah menyekat nombor telefonnya.
Hari yang sama. Dia hantar voicemail cakap ‘Saya kena pergi jumpa awak juga. Apa nak jadi, jadi lah’. I blocked he’s number and I have no idea how I can still received this. I dengar voicemail and I’m shaking. I don’t feel safe at all.
Pengguna Twitter, Afifah.
Mangsa Membuat Laporan Polis Selepas Situasi Yang Membuatkan Dirinya Berasa Tidak Selamat
Selepas menerima ‘voicemail’ tersebut, Afifah membuat laporan polis buat pertama kali.
Namun, pihak polis menjelaskan mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan hanya meminta dia untuk menghubungi balai polis berhampiran jika terserempak dengan lelaki tersebut.
Dalam pada itu, Afifah juga meminta pertolongan rakan kongsi perniagaannya untuk meminta lelaki berkenaan berhenti menganggunya. Tidak lama selepas itu, tiada lagi mesej yang diterima.
Lelaki ‘Psiko’ Itu Muncul Balik Dalam Hidup Afifah
Sehari sebelum raya Aidilfitri, lelaki ‘psiko’ itu didakwa menghubungi semula Afifah dengan menghantar pesanan mesej di media sosial dan meluahkan rasa rindu.
Mesej-mesej yang diterima oleh Afifah membuatkan dirinya berasa takut semula dan mengambil keputusan untuk tidak membalas kesemua mesej berkenaan.
Tidak hanya menghubungi Afifah, lelaki itu juga mencipta pelbagai akaun palsu dan mula mengikuti Afifah, ahli keluarga, ejen jualan serta akaun perniagaannya di media sosial.
Sehingga semalam (8 Ogos), bekas pekerjanya masih mengganggu dirinya sehingga menghubungi nombor telefon HQ perniagaan milik Afifah.
Dia masih ganggu I. Kalini sangat melampau sampai number Hq dia cari. Staff I berhati2 untuk bagi tau I sebab taknak I trauma. And yes, I langsung tak boleh bekerja bila dapat news ni.
Pengguna Twitter, Afifah.
Susulan itu, Afifah sekali lagi membuat laporan polis buat kali kedua tetapi maklum balas yang diterima masih lagi sama seperti laporan yang pertama dilakukan.
Situasi tersebut membuatkan Afifah hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak selamat serta berharap pihak polis dapat membantunya.
Acacia Diana Beri Cadangan Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Diganggu ‘Stalker’
Acacia Diana yang sebelum ini pernah mendedahkan dirinya berdepan situasi sama tampil memberikan cadangan beberapa perkara yang perlu dilakukan apabila diganggu ‘stalker’.
Beberapa langkah yang dicadangkan menerusi ciapannya dimuat naik di laman Twitter (X) (@ShaFoShizzle) adalah seperti berikut:
- Simpan gambar tangkap layar serta segala bukti kesalahan yang dilakukan berserta dengan maklumat terperinci seperti tarikh dan lokasi.
- Tekankan insiden yang berlaku terutamanya selepas 31 Mei.
- Tekankan tentang Akta 507A untuk membuka kertas siasatan.
- Sertakan sekali bukti bahawa gangguan tersebut telah memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan mental anda.
- Simpan nama dan nombor telefon rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang turut terkesan.
- Sertakan bukti gambar lokasi di mana perjumpaan secara fizikal berlaku.
- Dapatkan bantuan peguam.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Undang-undang Menghendap (Anti-Stalking) Di Malaysia
Di Malaysia, tindakan menghendap baru-baru ini telah dikategorikan sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda di bawah pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.
Peruntukan perintah anti-stalking dan perlindungan berkuat kuasa pada 31 Mei 2023 di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.
Perkara ini menyifatkan tindakan menghendap sebagai gangguan berulang yang bertujuan untuk menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada mana-mana individu melibatkan keselamatan mereka.
Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Stalking di Parlimen ini juga disambut baik oleh ramai pihak.
Sumber: Twitter Nur | Twitter Acacia Diana | Facebook Christina J. Vasagam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.