Tuan Rumah ‘Onani’ Dalam Bilik Penyewa, Guna Seluar Dalam Wanita Untuk Puaskan Nafsu
Wanita itu menangis ketika melihat rakam kamera CCTV di dalam biliknya yang menunjukkan pemilik rumah beronani menggunakan seluar dalam miliknya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Gangguan seksual melibatkan kaum wanita boleh berlaku di mana-mana sahaja meskipun di kawasan awam seperti dalam pengangkutan awam, hentian bas dan juga di pejabat.
Situasi ini membuatkan para wanita berasa takut dan tidak selamat untuk ke mana-mana lokasi secara berseorangan kerana bimbang akan menjadi mangsa gangguan seksual.
BACA JUGA: [Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!
BACA JUGA: Lelaki ‘Onani’ Dengan Pakaian Dalam Wanita Kini Dipenjara
Pemilik Rumah Sewa Di Singapura Curi-curi Masuk Bilik Ketika Penyewa Tiada Di Rumah, Mahu Beronani Dengan Seluar Dalam Wanita
Kejadian melibatkan gangguan seksual menjadi semakin serius apabila satu lagi kes dilaporkan berlaku melibatkan seorang penyewa rumah wanita warga Malaysia yang menetap di sebuah flat sekitar Toa Payoh, Singapura.
Memetik laporan The Straits Times, wanita berusia 23 tahun menceritakan pemilik rumah sewa yang didiaminya dipercayai telah memasuki biliknya ketika di keluar berkerja.
Bukan itu sahaja, dia dikatakan mengambil seluar dalam milik wanita berkenaan dan melakukan aksi onani dalam keadaan berbogel.
Kejadian itu disedari oleh wanita tersebut selepas menerima notifikasi telefon berhubung rakaman kamera CCTV sekitar jam 2:30 petang pada 17 Mei lalu yang dipasang di dalam ruangan biliknya.
Saya betul-betul terkejut dan terus menangis. Saya tidak dapat untuk menghentikan rakaman video itu kerana perlu merakam kejadian yang berlaku sebagai bahan bukti untuk melaporkannya kepada pihak polis.
Penyewa rumah yang menjadi mangsa.
Wanita berkenaan kemudiannya telah membuat laporan polis pada malam tersebut.
Selepas laporan polis dibuat, pasangan suami isteri (tuan rumah) yang tinggal di dalam rumah sama enggan meminta maaf atas kejadian yang berlaku.
Mereka juga tidak mahu memulangkan semula sewa bulan tersebut dan bayaran deposit berjumlah S$1,900 (RM6,574) selepas penyewa terbabit bersama teman lelakinya mahu berpindah ke tempat tinggal lain.
Wanita Yang Menjadi Mangsa Gangguan Seksual Itu Mengalami Trauma
Kejadian yang berlaku menyebabkan dia membuang kesemua seluar dalamnya kerana tidak tahu mana satu yang telah ‘disentuh’ oleh pemilik rumah sewa berkenaan.
Dia juga sering mengalami mimpi buruk dan berasa takut apabila terlihat mana-mana individu yang kelihatan seperti bekas pemilik rumah sewa terbabit.
Tambahnya lagi, dia terpaksa mengambil cuti daripada majikan kerana tidak boleh fokus melakukan kerja selepas insiden yang terjadi.
Tips Berguna Kepada Para Wanita Untuk Elak Daripada Menjadi Mangsa Gangguang Seksual
Kaji selidik oleh IPSOS Malaysia yang melibatkan 22,508 responden mendapati 28% kaum lelaki dan 29% golongan wanita negara ini pernah mendengar rakan-rakan dan ahli keluarga mereka mengelurkan komen berunsur seksis.
BACA JUGA: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual
Zaman sekarang ramai sangat orang yang berniat tidak baik lebih-lebih lagi kepada kaum wanita.

Jadi untuk para wanita di luar sana, ambil perhatian tips penting ini bagi melindungi diri tak kiralah di kawasan tertutup atau terbuka.
Antara tips berguna untuk anda adalah seperti berikut:
- Bawa beberapa alat bagi melindungi keselamatan diri seperti penyembur lada, gunting, wisel dan sebagainya.
- Segera kunci pintu selepas masuk ke dalam kereta.
- Rakam video atau ambil gambar pesalah jika mereka tidak berhenti melakukan gangguan seksual.
- Elakkan berjalan seorang diri dan cuba berada di kawasan ramai orang.
- Segera buat laporan polis diganggu secara seksual.
Semoga tips ini dapat membantu para wanita di luar sana untuk melindungi keselamatan diri ketika berada di luar.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.