Now Reading
Lelaki ‘Onani’ Dengan Pakaian Dalam Wanita Kini Dipenjara

Lelaki ‘Onani’ Dengan Pakaian Dalam Wanita Kini Dipenjara

Suspek telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau satu bulan penjara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, viral video aksi seorang lelaki membuat aksi onani sambil mencium bau pakaian dalam wanita yang dijemur di luar kawasan rumah di Flat Sri Sentosa, Puchong.

Selepas kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis, suspek lelaki warga tempatan berusia 62 tahun telah ditahan di tempat tinggalnya sekitar Puchong dan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

BACA JUGA: Onani Sambil Bau Pakaian Dalam Wanita, Lelaki 62 Tahun Ditahan Polis

Suspek kini dipenjara

Hasil siasatan mendapati suspek mengaku bersalah atas perbuatannya yang tidak senonoh dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau satu bulan penjara.

Denda yang dikenakan tidak dibayar dan suspek akan menjalani hukuman penjara selama satu bulan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah yang melanggar undang-undang Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan sebarang kejadian jenayah, diminta untuk menghubungi balai polis berdekatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd