Now Reading
Guru Sekolah Terima Hadiah Rantai RM32K. Si Pemberi Perjelas Ingin Balas Budi & Jasa

Guru Sekolah Terima Hadiah Rantai RM32K. Si Pemberi Perjelas Ingin Balas Budi & Jasa

Usahawan wanita itu membelikan hadiah seutas rantai bernilai lebih dari RM32,000 sebagai membalas jasa guru tersebut mengajar anaknya.

Wanita Hadiahkan Rantai RM32,490 Kepada Guru Sempena Penghargaan Ajar Anak Hingga Tamat Sekolah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Guru di sekolah ibarat ibu bapa kepada para murid kerana turut menggalas tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada mereka.

Bukan senang ya nak menjadi pendidik kerana anda perlu bijak mengawal keadaan dengan pelbagai ragam murid yang berbeza-beza.

Tenaga pengajar di sekolah bukan sahaja mendidik, malah ramai juga yang tetap menjaga kebajikan para murid ibarat anak-anak mereka sendiri.

BACA JUGA: “Ibu Tak Ada Duit” – Luahan Murid Selepas Terima Kasut Sekolah Baru Pemberian Guru Undang Rasa Sebak

BACA JUGA: Bekas Anak Didik Pakat Kumpul Duit Hadiahkan Kereta Untuk Cikgu Bersara


Usahawan Wanita Beri Rantai RM32,490 Kepada Guru Anaknya Di Sekolah

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@farahwen), wanita yang bergelar usahawan ini menunjukkan suasana ketika hari terakhir persekolahannya anak di sebuah sekolah swasta.

Dalam video tersebut, anaknya dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa rakannya, kenalan dan juga guru-guru yang pernah mengajarnya.

Jelas wanita tersebut, anak lelakinya itu telah mempelajari banyak perkara daripada gurunya di sekolah.

Bagi menghargai jasa guru berkenaan dalam mendidik anaknya, usahawan tersebut telah membelikan hadiah seutas rantai berwarna kelabu dari kedai emas Habib Jewels dengan harga RM32,490.

Kotak rantai itu kemudiannya disimpan di dalam beg kertas untuk diberikan kepada guru tersebut.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@farahwen/video/7252313993400831233

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Wanita Ini Beri Hadiah Rantai Mahal Kepada Guru Anaknya

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat video tersebut dan salah satunya adalah apabila ramai yang terkejut mengetahui harga rantai bernilai lebih RM32,000 itu.

Siap ada yang ‘offer’ nak jadi cikgu kepada anaknya!

Dalam pada itu, ada juga netizen yang teruja melihat kekayaan keluarga mereka kerana mampu membelikan hadiah sedemikian untuk menghargai pendidik si kecilnya di sekolah.


7 Hadiah Yang Sesuai Untuk Diberikan Kepada Para Guru

Dalam pepatah Melayu ada mengatakan bahawa guru ini ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain.

Jadi, apa salahnya jika kita membelikan hadiah kepada guru-guru sempena hari jadi mereka atau ketika sambutan Hari Guru kan?

Antara hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada guru adalah seperti:

  • Tali leher
  • Tudung
  • Kerongsang tudung
  • Buku planner
  • Botol air
  • Jam tangan
  • Pendrive

BACA JUGA: 7 Hadiah Yang Boleh Diberikan Kepada Para Cikgu Sempena Hari Guru, 16 Mei


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd