7 Hadiah Yang Boleh Diberikan Kepada Para Cikgu Sempena Hari Guru, 16 Mei
Sebagai membalas jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu, apa salahnya kita beri hadiah kepada mereka sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
16 Mei menjadi tarikh yang cukup bermakna kepada para pendidik di seluruh Malaysia apabila segala jasa sebagai seorang guru dihargai dengan sambutan istimewa setiap tahun.
Kebiasaannya, Sambutan Hari Guru ini akan diraikan di setiap sekolah dengan penuh meriah dengan pelbagai persembahan khas dari murid-murid.
Dalam pepatah Melayu ada mengatakan bahawa guru ini ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain.
Jenis-jenis Hadiah Yang Boleh Diberikan Kepada Cikgu Sempena Hari Guru
Selain memberi kad ucapan, beberapa hadiah menarik juga boleh diberikan kepada guru-guru anda untuk menggembirakan hati mereka sempena Sambutan Hari Guru ini.
Tak tahu nak bagi hadiah apa? Jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa jenis barangan seperti:
1. Hadiah Untuk Cikgu Sempena Hari Guru: Tali Leher

Untuk cikgu-cikgu lelaki, anda boleh beri mereka hadiah tali leher kerana mereka diwajibkan untuk memakainya setiap hari. Best juga kalau ada pelbagai pilihan tali leher kan?
2. Hadiah Untuk Cikgu Sempena Hari Guru: Tudung

Untuk guru wanita tidak kiralah berapa umur mereka sekali pun, hadiah seperti tudung pasti akan menggembirakan mereka.
Ada macam-macam jenis tudung yang dijual di pasaran. Nak shawl instant, tudung sarung tanpa perlu digosok, tudung bawal dan sebagainya. Pelbagai jenis pilihan dan jenama yang ada mengikut bajet anda.
3. Hadiah Untuk Cikgu Sempena Hari Guru: Kerongsang Tudung

Kalau anda beri hadiah kerongsang yang cantik pun boleh menggembirakan hati para guru wanita. Pemakaian tudung tampil lebih bergaya dengan kerongsang yang cantik terletak di atas bahu.
Nak mengajar pun seronok apabila diri tampil menawan.
4. Hadiah Untuk Cikgu Sempena Hari Guru: Buku Planner

Buku planner sangat sesuai untuk para guru yang mempunyai jadual agak padat. Selain mengajar, cikgu juga akan sibuk dengan pelbagai mesyuarat.
Jadi dengan adanya buku planner ini, ia dapat memudahkan urusan guru untuk mengatur jadualnya dengan lebih tersusun.
5. Hadiah Untuk Cikgu Sempena Hari Guru: Botol Air

Guru-guru kebiasannya perlu mengajar dari pagi sehingga tengah hari melibatkan beberapa kelas dalam sehari.
Ada kalanya guru-guru tidak sempat untuk berehat makan kerana terlalu sibuk dengan kerja seperti menanda buku serta kertas ujian dan sebagainya.
Dengan pemberian hadiah botol ini, anda dapat mengekalkan hidrasi dalam tubuh badan guru-guru kerana memudahkan mereka untuk membawa minuman ke mana sahaja.
6. Hadiah Untuk Cikgu Sempena Hari Guru: Jam Tangan

Sebagai seorang guru, jadual seharian mereka agak padat untuk mengajar dan sebagainya. Oleh itu, pengurusan masa amatlah penting.
Hadiah jam ini boleh menjadikan mereka lebih peka dengan waktu supaya boleh mengelakkan berlakunya kes ‘terlajak mengajar’ kerana mahu menghabiskan silibus harian.
7. Hadiah Untuk Cikgu Sempena Hari Guru: Pendrive

Pendrive juga sangat berguna kepada para guru kerana mereka boleh menyimpan pelbagai fail dokumen penting tanpa menimbulkan masalah ‘full storage’ di dalam laptop.
Tidak kiralah anda kini bergelar menteri, jurutera, pelakon mahupun penulis, kita semua perlu mengucapkan terima kasih kepada para guru kerana jasa mereka membentuk kita menjadi individu berjaya pada hari ini cukup besar.
Tanpa mereka, siapalah kita.
Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada semua guru di luar sana. Terima kasih atas jasa kalian membentuk anak bangsa.
BACA JUGA: Taylor’s Bakal Beri Ganjaran RM10,000 Buat 5 Guru Berinspirasi
BACA JUGA: Taylor’s College Umum Ganjaran Buat Guru Yang Minat Untuk Mengajar Di ‘Luar Kelas’
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.