Now Reading
Bekas Anak Didik Pakat Kumpul Duit Hadiahkan Kereta Untuk Cikgu Bersara

Bekas Anak Didik Pakat Kumpul Duit Hadiahkan Kereta Untuk Cikgu Bersara

Encik Ahmad Bidin menerima hadiah kereta Perodua Aruz daripada bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah dari tahun 1980 sehingga 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Guru ibarat ibu bapa di sekolah. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang.

Bukan senang nak menjadi seorang tenaga pengajar. Mereka perlu memastikan anak murid memahami ilmu yang disampaikan supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan.

Nak jadi tenaga pengajar juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana ada pelbagai ragam murid di sekolah.

Lebih-lebih lagi apabila bergelar guru berpendidikan khas.

BACA JUGA: [Video] Guru Kongsi Prinsip 5P Ketika Mengajar Kanak-kanak Berpendidikan Khas

Bekas pelajar hadiahkan kereta

Setiap individu yang bekerja mesti akan tiba masa untuk mereka bersara dari alam pekerjaan.

Sama seperti seorang guru ini apabila dia mengambil keputusan untuk bersara daripada kerjaya sebagai seorang pendidik di sekolah.

Namun, siapa sangka dia bakal menerima hadiah yang sangat bernilai daripada bekas anak didiknya dari Kolej Tunku Kurshiah.

Guru lelaki bernama Encik Ahmad bin Bidin ini mendapat hadiah sebuah kereta Perodua Aruz bernilai RM75,000 sumbangan daripada kesemua bekas pelajar sekolah berkenaan dari tahun 1980 sehingga 2021.

Kredit: Facebook Hafiy Hazmi

Anggaran dalam 41 batch jugalah. Bayangkan jika satu batch ada 100 orang, jadi hanya RM18.30 sahaja diperlukan oleh setiap orang bagi menghadiahkan guru mereka sebuah kereta.

Tak boleh bayangkan betapa besarnya jasa guru ini sehingga bekas pelajar sanggup kumpul duit sama-sama untuk belikan kereta sebagai hadiah bersara kepada cikgu kesayangan mereka.

Perkongsian berita gembira yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Hafiy Hazmi semalam (13 Disember) turut mendapat perhatian ramai warganet.

Kredit: Facebook Hafiy Hazmi

Mesti cikgu ni banyak berjasa dengan murid

Di ruangan komen posting berkenaan, ramai yang berpendapat guru ini pasti banyak berjasa kepada bekas anak didiknya sehingga mendapat layanan yang begitu baik daripada mereka.

Ada juga yang memuji bekas pelajar sekolah berkenaan kerana dilihat sanggup memberikan hadiah kereta untuk membalas jasa seorang pendidik.

Kredit: Facebook Hafiy Hazmi
Kredit: Facebook Hafiy Hazmi

Salah seorang bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah turut menceritakan tentang jasa Cikgu Ahmad Bidin yang selalu membelikan barangan keperluan kepada murid-murid di asrama. Cara pengajarannya pun katanya menyeronokkan.

Kredit: Facebook Hafiy Hazmi

Sebagai anak didik, kita memang kena banyak berterima kasih kepada guru-guru yang telah banyak menabur jasa kepada kita sehingga menjadi orang yang berjaya sekarang ini.

Tanpa guru-guru, siapalah kita.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd