DBP Tegur Tengku Zafrul Tentang Kesalahan Ejaan ‘insya-Allah’
Dewan Bahasa dan Pustaka memaklumkan pihak mereka menerima aduan tentang kesilapan Tengku Zafrul dalam mengeja kalimah ‘insya-Allah’ dalam ciapan di Twitter.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Perkataan ‘insya-Allah sering digunakan oleh umat Islam dalam memberi maksud sesuatu perkara itu berlaku dengan izin dari Allah SWT.
Sebagai contoh anda dijemput untuk menghadiri majlis hari jadi rakan anda, mesti ramai yang akan menjawab ‘insya-Allah’.
Walaupun istilah ini sering digunakan, tetapi terdapat pelbagai variasi ejaan yang dibentuk oleh orang ramai sehingga membuatkan sesetengah pihak keliru dengan ejaan sebenar.
BACA JUGA: Ejaan Melaka Adalah MELAKA. Bukan MALACCA
BACA JUGA: #TIL: Baru, Baharu & Bahru – Ejaan Lain, Maksud Lain
Dewan Bahasa Dan Pustaka Tegur Kesalahan Tengku Zafrul Dalam Ejaan ‘insya-Allah’
Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan dirinya telah ditegur oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung kesalahannya dalam mengeja perkataan ‘insya-Allah’ menerusi sepucuk surat yang diterima pada 31 Mac lalu.
Kesalahan ejaan tersebut yang terdapat pada beberapa ciapan di akaun Twitter telah diadukan kepada pihak DBP oleh individu tidak dikenali.
Kesempatan bertemu Menteri Luar Republik Korea, Hon Park Jin, saya manfaatkan dengan berbincang mengenai langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan 🇲🇾 & 🇰🇷.
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) March 16, 2023
InsyaAllah, hubungan ini akan terus akrab terutama dalam bidang perdagangan, bagai aur dengan tebing. pic.twitter.com/NkWv5CouvV
YAB TPM @DrZahidHamidi telah melancarkan Halal Industrial Master Plan (HIMP 2030) yang dirangka oleh MITI & @HDCmalaysia bagi memangkin pertumbuhan industri halal Malaysia.
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) March 23, 2023
InsyaAllah, industri halal akan dibangunkan sebagai industri strategik dan berimpak tinggi. pic.twitter.com/xCxyZaMkZi
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter miliknya (@tzafrul_aziz), beliau mengakui kurang jelas dengan ejaan sebenar istilah tersebut dan sering mengejanya dengan ejaan ‘InsyaAllah’.
Teguran yang dibuat oleh pihak DBP dihargai oleh beliau dan akan lebih teliti dalam pengunaan isitilah berkenaan.
Dalam surat tersebut, pihak DBP memberi nasihat supaya bahasa kebangsaan digunakan secara baik dan betul serta meluas bagi maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Pelembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Pihak kami memohon kerjasama agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara ini. Kami yakin bahawa pihak tuan prihatin terhadap perkara ini. Namun mungkin kerana kebiasaan pengunaannya dalam kalangan masyarakat, hal ini terlepas daripada perhatian pihak tuan.
Dr Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
InsyaAllah? Insya-Allah? Insyaallah?
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) July 5, 2023
Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah tapi sekarang saya dah tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah. TQ @DBPMalaysia kerana menegur ejaan saya.
Lepas ni, saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah. pic.twitter.com/UtuY3bFoWC
Teguran DBP Kepada Tengku Zafrul Tentang Ejaan ‘insya-Allah’ Raih Perhatian Ramai Netizen
Ciapan dimuat naik oleh Tengku Zafrul itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen dengan rata-ratanya memuji pihak DBP kerana berani tampil memperbetulkan kesalahan ejaan tersebut yang dilakukan oleh orang kenamaan.
Malah, teguran yang diberikan kepada beliau sekaligus dapat mendidik netizen tentang ejaan sebenar bagi istilah itu.





Makna Di Sebalik Istilah ‘insya-Allah’
Kalimah ‘insya-Allah‘ ini mempunyai pelbagai maksud tersirat menunjukkan beberapa perkara seperti:
- Manusia mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada perancangan dan ketentuan Allah SWT.
- Menjauhi sifat sombong kerana kejayaan yang dimiliki.
- Menunjukkan sifat tawaduk di hadapan manusia dan Allah SWT.
- Yakin dengan hari esok yang lebih baik.
Walau bagaimanpun, ramai pihak yang menyalahgunakan kalimah ini meskipun hati berkata sebaliknya.
Sebagai contoh, rakan anda mengajak untuk pergi ke masjid tetapi anda menjawab pelawaan tersebut dengan membalas ‘insya-Allah’ walaupun pada hakikatnya anda tidak mahu pergi.
Perbuatan itu tidak bertepatan dengan maksud di sebalik kalimah tersebut yang bermaksud kita sudah berjanji bersungguh-sungguh untuk memenuhinya.
Sekiranya anda memang sudah berniat untuk tidak mahu pergi, lebih baik berterus terang daripada menyalahgunakan istilah itu.
Ini kerana umat Islam sepatutnya berpegang pada janji apabila sudah mengotakannya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.