Now Reading
Ejaan Melaka Adalah MELAKA. Bukan MALACCA

Ejaan Melaka Adalah MELAKA. Bukan MALACCA

Malacca – walaupun maksudnya merujuk kepada negeri Melaka dalam penggunaan Bahasa Inggeris, ianya tetap dimansuhkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Negeri Melaka ini walaupun kecil di atas peti, namun ianya merupakan salah satu destinasi pelancongan di Malaysia yang popular.

Ini kerana Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah yang mempunyai seni bina unik dan berusia sehingga ratusan tahun lamanya.

Sebab itulah Melaka ini popular.

Makan pun sedap, jalan-jalan lihat tempat bersejarah pun boleh, dan banyak lagi aktiviti menarik boleh dilakukan di sana.

Tahukah anda, ejaan Melaka kini diselaraskan?

Melaka dan Malacca = Maksud yang sama tapi berbeza ejaan.

No more! Ini kerana penggunaan nama ‘Melaka’ kini telah diselaraskan.

Majlis Mesyuarat Negeri Melaka memutuskan penggunaan nama Melaka diselasakan penggunaannya dalam semua akhbar dan media.

Sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau lain-lain, bahasa hendaklah menggunakan nama ‘Melaka’ dalam apa-apa penulisan yang diterbitkan.

Malacca – walaupun maksudnya merujuk kepada negeri Melaka dalam penggunaan Bahasa Inggeris, ianya tetap dimansuhkan.

Penyelarasan ini bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama ‘Melaka’ sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan

Kenyataan ini telah dikeluarkan pada Mac 2017.
(Kredit: Bernama)

Melaka, Tioman & Genting jadi tumpuan

Umum sedia maklum, pihak kerajaan baru-baru ini telah membuat keputusan bahawa tiga lagi destinasi pelancongan akan dibenarkan bermula 1 Oktober 2021 iaitu Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman.

BACA SINI: Kerajaan Umum 3 Destinasi Pelancongan Yang Akan Dibuka Bermula 1 Oktober. (Yay!)

Dalam masa seminggu dari sekarang, dah boleh pilih lokasi mana yang pergi dan packing beg baju!

P/S: I’m going to Melaka with my fully-vaccinated family! (not Malacca)


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd