Now Reading
Kerajaan Umum 3 Destinasi Pelancongan Yang Akan Dibuka Bermula 1 Oktober. (Yay!)

Kerajaan Umum 3 Destinasi Pelancongan Yang Akan Dibuka Bermula 1 Oktober. (Yay!)

Lepas ini bolehlah cuci mata di Genting Premium Outlet (GPO) atau Melaka Premium Outlet (MPO) pula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri telah membuat keputusan bahawa tiga lagi destinasi pelancongan akan dibenarkan bermula 1 Oktober 2021.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Di mana lokasinya?

Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman!

Kredit: Genting Malaysia Berhad

Sekurang-kurangnya ada juga yang dekat dan tak perlu naik kapal terbang atau jalan jauh-jauh.

2 minggu lagi, get ready!

Keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok, 22 September.

Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula. Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Jelasnya lagi, kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd