Now Reading
DBP Perbetulkan Ejaan Yang Orang Ramai Selalu Salah, Tapi Lain Pula Reaksi Netizen

DBP Perbetulkan Ejaan Yang Orang Ramai Selalu Salah, Tapi Lain Pula Reaksi Netizen

Sesetengah netizen enggan menerima pembetulan ejaan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi perkataan ‘martabak’ dan ‘beriani’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia sudah diajar dengan asas untuk mengeja di sekolah, tetapi ada juga sesetengah perkataan yang sering disalah eja sehingga kini.

Bukan apa, kadangkala ejaan yang tidak betul itu kerap kali diguna pakai sehingga mengelirukan orang ramai. Mana satu ejaan yang betul, mana yang salah?

Jangan terkejut, banyak sebenarnya perkataan yang kita gunakan dalam kehidupan seharian telah dieja dengan salah.

Baca Artikel Berkaitan: Ejaan Melaka Adalah MELAKA. Bukan MALACCA

Baca Artikel Berkaitan: #TIL: Baru, Baharu & Bahru – Ejaan Lain, Maksud Lain


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Perbetulkan Kesalahan Ejaan

Menerusi gambar dimuat naik di laman X (@DBPMalaysia), DBP telah tampil dengan poster yang membetulkan kesalahan ejaan bagi beberapa perkataan yang dikatakan popular di bulan Ramadan.

Antaranya:

  • Kesalahan: Ramadhan
    • Pembetulan: Ramadan
  • Kesalahan: Bazaar
    • Pembetulan: Bazar
  • Kesalahan: Terawih
    • Pembetulan: Tarawih
  • Kesalahan: Murtabak
    • Pembetulan: Martabak
  • Kesalahan: Kuetiow
    • Pembetulan: Kuetiau
  • Kesalahan: Briyani
    • Pembetulan: Beriani

Ini Pula Reaksi Netizen Lepas Lihat Pembetulan Ejaan Dari DBP

Pembetulan ejaan yang telah dinyatakan oleh DBP dalam ciapan tersebut telah meraih pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.

Sesetengah netizen pula dilihat mempersoalkan tentang ejaan yang telah dibetulkan itu selepas ia digunakan selama bertahun-tahun. Sebagai contoh perkataan ‘martabak’.

“Boleh saya tahu kenapa martabak tak dieja sebagai murtabak? Sebab setahu saya ejaan asal dalam bahasa Arab pun Mutobaq?”, tanya netizen.

Sumber: X

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang meminta justifikasi daripada pihak DBP bagi penyelarasan ejaan yang dilakukan.

Sehinggakan wujud individu yang berkeras untuk tetap menggunakan perkataan dengan ejaan yang salah meskipun telah dinyatakan ejaan yang sebetulnya.

“Saya tetap akan guna ejaan yang didakwa salah,” kata netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen terkejut kerana kebanyakan perkataan yang dibetulkan oleh DBP itu digunakan dalam ejaan yang salah selama ini.

Sumber: X

DBP Pernah Perbetulkan Ejaan ‘Insya-Allah’

Terdahulu, bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan dirinya telah ditegur oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung kesalahannya dalam mengeja perkataan ‘insya-Allah’ menerusi sepucuk surat yang diterima pada 31 Mac 2023.

Kesalahan ejaan tersebut yang terdapat pada beberapa ciapan di akaun Twitter telah diadukan kepada pihak DBP oleh individu tidak dikenali.

Dalam surat tersebut, pihak DBP memberitahu bahawa ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan perdana ialah ‘Insya-Allah’.

DBP turut memberi nasihat supaya bahasa kebangsaan digunakan secara baik dan betul serta meluas bagi maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Pelembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Baca Artikel Berkaitan: DBP Tegur Tengku Zafrul Tentang Kesalahan Ejaan ‘insya-Allah’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd