Now Reading
[Video] Ustaz Don Kongsi Tips Pecutan Malam Lailatul Qadar Untuk Yang Baru Nak Mula

[Video] Ustaz Don Kongsi Tips Pecutan Malam Lailatul Qadar Untuk Yang Baru Nak Mula

Bagi yang ingin bermula anda juga disarankan untuk tidak meninggalkan bacaan selawat serta berdoa kepada Allah SWT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tibanya bulan Ramadan ramai yang bertungkus lumus untuk melakukan ibadah yang lebih.

Malah Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala yang besar buat mereka yang melakukan ibadah pada bulan mulia ini.

Bukan hanya itu, bulan ini juga terdapat banyak keistimewaan seperti solat Tarawih. Malah seluruh umat Islam juga tidak melepaskan peluang untuk mengejar malam Lailatul Qadar yang amat istimewa pada 10 malam akhir Ramadan.

Malam Lailatul Qadar merupakan malam yang muncul pada 10 terakhir pada bulan Ramadan dan ia sering dinantikan oleh mereka yang beriman serta bertakwa kepada Allah SWT.

Ustaz Don kongsi cara kejar malam Lailatul Qadar untuk yang baru nak bermula

Oleh itu, baru-baru ini pendakwah terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal telah berkongsi beberapa tips kepada seluruh umat Islam cara untuk mengejar malam Lailatul Qadar khususnya bagi yang baru nak bermula mencari malam berkenaan.

“Malam Lailatul Qadar ni macam orang lari pecut, makna dia kena ada persediaan awal. Jadi macam mana ni? Malam ni dan malam 23 Ramadan.

“Walau macam mana pun ulama dia tak akan susun orang yang power (yang hanya banyak beribadah) sahaja boleh dapat. Kita yang baru nak mula ada cara dia,” jelas Ustaz Don dalam satu video di TikTok.

Yang pertama katanya, pastikan bermula malam ini jangan tinggal sembahyang Tarawih. Meskipun perlu melakukan 20 rakaat atau lapan rakaat, anda juga boleh buat sebanyak dua rakaat sekiranya tidak larat. Namun sebaiknya buatlah sebanyak mungkin.

Jangan tinggal baca selawat

Manakala yang kedua pula bermula pada malam ini, baca selawat dan jangan tinggal. Malah anda bebas untuk memilih jenis selawat yang ingin dibacakan.

“Yang ketiga berdoa, doa dia tak ada syarat tetapi ada adab iaitu pertama baca selawat kemudian jangan lupa puji Allah SWT. Yang ketiga minta ampun untuk ibu bapa kita.

“Yang keempat minta ampun untuk semua umat Islam dan yang kelima mintalah yang paling terbaik iaitu syurga Firdaus, bebas dari neraka.

“Masuk syurga dengan Rasulullah SAW dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Tiada istilah terlambat semua berpeluang untuk kejar Lailatul Qadar

Dalam masa sama, Ustaz Don turut menasihatkan orang ramai bahawa tiada istilah terlambat sebaliknya semua masih mempunyai peluang untuk mengejar malam Lailatul Qadar.

Beliau juga berdoa agar semua diberikan rezeki untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.


Antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar adalah:

  • Malam yang tenang, tidak berangin dan tidak panas.
  • Siang warna cahaya matahari pucat.
  • Pada malam tersebut, Malaikat Jibril akan menyelami mereka yang beribadat pada malam berkenaan dan sebagai tandanya seseorang akan merasa sayu dan menangis teresak secara tiba-tiba.

Selain itu, terdapat juga petua daripada Imam Ghazali serta para ulama yang lain dalam mencari Lailatul Qadar dengan berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadan, seperti kaedah ini:

  • Jika awal Ramadan bermula pada hari Ahad mahupun Rabu, malam Lailatul Qadar jatuh pada hari ke-29.
  • Jika awal Ramadan pada hari Isnin, malam Lailatul Qadar pada malam ke-21.
  • Sekiranya bermula pada hari Selasa atau Jumaat, malam Lailatul Qadar pada malam ke-27.
  • Namun jika awal Ramadan pada hari Khamis ia akan jatuh pada malam ke-25.
  • Jika bermula pada hari Sabtu malam Lailatul Qadar pada hari ke-23.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd