Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sebutan memang sama, tapi maksud untuk tiga perkata ini: baru, baharu, dan bahru adalah berbeza.
Sebilangan besar rakyat Malaysia hanya menggunakan “baru” dalam perbualan harian, tetapi sebenarnya terdapat penggunaan tatabahasa yang berbeza dalam ketiga-tiga istilah ini.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menjawab soalan umum mengenai tiga perkataan tersebut selama hampir satu dekad, dan kami akan memperjelaskannya kepada korang semua:
Baru dan Baharu = ‘baru’ dalam konteks yang berbeza
Walaupun ‘baru’ dan ‘baharu’ kedua-duanya mempunyai erti yang sama, ianya digunakan dalam konteks yang berbeza.
‘Baru’ digunakan dalam konteks waktu. DBP menjelaskan ianya sama dengan perkataan Inggeris ‘just’.

Sebagai contoh, ayat seperti “I just heard of this” ditulis sebagai “Saya baru dengar.”
‘Baharu‘ digunakan sebagai kata sifat untuk kata nama. DBP menjelaskan ianya sama dengan bahasa Inggeris ‘new’. Contohnya, “a new car” ditulis sebagai “kereta baharu”.
Selain itu, ‘baharu’ juga lebih sering digunakan dari segi bahasa atau dasar undang-undang. Contohnya, perkataan untuk “pembaharuan” dieja dengan “baharu” sebagai kata dasarnya dan bukan “baru”.
Bahru = Baru, tapi untuk nama

Ejaan “Bahru” hanya digunakan dalam nama, seperti Johor Bahru – kerana ianya adalah nama rasmi yang diwartakan dan tidak boleh diubah. (Seperti Mahiaddin!)
BACA JUGA: It’s Mahiaddin Yassin From Now On For Official Documents, Gov’t Officials Told
Baru tahu? Kami pun sama.
Ini kerana bahasa Malaysia menjadi terlalu ‘rojak’ sehinggakan penggunaan tatabahasa kita dalam kehidupan seharian menjadi tidak betul dan terlalu flesibel. Akan tetapi, kita masih boleh mengasah lagi cara pertuturan dan penggunaan ayat Bahasa Melayu, mana tahu nanti nak bertutur secara formal.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



