[Video] Sebak Tengok Pak Guard Ada RM5 Je, Pemuda Ini Belanja Nasi Berlauk Di Kedai Mamak
Pemuda itu menawarkan diri mahu membayarkan hidangan untuk pengawal keselamatan tersebut dengan menyuruhnya mengambil apa jua lauk yang dimahukan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Nilai RM5 mungkin berbeza bagi setiap individu.
Ada sesetengah orang melihat jumlah itu tidaklah begitu banyak tetapi bagi golongan yang memerlukan, RM5 adalah kos untuk menampung makan minum mereka dalam sehari.
Kalau kita fikir kita tengah susah, ada orang yang lebih sukar kehidupan mereka lebih-lebih lagi untuk mencari makanan serta minuman.
Pemuda Belanja Pengawal Keselamatan Makan Nasi Berlauk Selepas Sebak Lihat Hanya Ada RM5 Sahaja
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@bang.jad), pemuda yang dikenali sebagai Bang Jad itu berkongsi kisah ketika dia sedang beratur di sebuah kedai mamak untuk membeli nasi berlauk.
Tetapi ketika dia sedang beratur, dia terlihat seorang pengawal keselamatan ingin membeli nasi campur dengan memegang duit kertas RM5 sahaja di tangannya.
Disebabkan sebak melihat keadaan itu, pemuda ini menawarkan diri mahu membayarkan hidangan untuk pengawal keselamatan berkenaan dengan menyuruhnya mengambil apa jua lauk yang dimahukan.
Tak apa saya belanja. You ambil je nasi putih, ayam ke apa you nak, you ambil. Tak apa saya belanja, You simpan je duit.
Pengguna TikTok @bang.jad
Selepas bungkusan nasi itu siap dan diberikan kepada pengawal keselamatan berkenaan, jelas terlihat senyuman lebar di wajahnya.
Pemuda ini berharap agar pertolongannya ini dapat menggembirakan hati dan mengenyangkan perut pengawal keselamatan pada malam tersebut.
Video itu meraih perhatian orang ramai sehingga berjaya meraih 960,800 ketika artikel ini ditulis.
Orang Ramai Puji Pemuda Ini Baik Hati Belanja Makanan Kepada Pengawal Keselamatan
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap pemuda tersebut yang baik hati untuk memberi sedekah kepada pengawal keselamatan itu dengan cara membayarkan makan malamnya.
Malah, mereka juga mendoakan agar pemuda itu dimurahkan rezeki kerana tidak kedekut untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.
Bukan itu sahaja, netizen juga memberi pandangan bahawa kebanyakan pekerja warga asing di Malaysia akan memberikan sebahagian besar gaji mereka kepada keluarga di luar negara.
Hidangan Menu Rahmah Dengan Hanya RM5
Mungkin ada di antara rakyat Malaysia yang lain turut berhadapan situasi sama kerana mempunyai RM5 sahaja untuk makan.
Disebabkan prihatin dengan nasib rakyat di samping harga barangan yang semakin naik, kerajaan telah melancarkan program Menu Rahmah dengan harga RM5 sahaja.
Dengan RM5, pelanggan boleh mendapatkan makanan berkhasiat berserta minuman.
Sejak dilancarkan pada 31 Januari 2023 sehingga kini, banyak premis perniagaan yang menyambut seruan kerajaan termasuklah:
- KFC
- Pizza Hut
- Kedai Mamak Ali Maju
- McDonald’s
- MYDIN
- PLUS
- Burger King
- Texas Chicken
- Dominos
BACA JUGA: McDonald’s Lancar Menu Rahmah RM5. Siap Dapat Ice Lemon Tea!
BACA JUGA: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40
BACA JUGA: Here Are 10 F&B Brands With New Menu Rahmah Items So You Can Feed Yourself At The End Of The Month
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.