Now Reading
[Video] APM Tangkap 6 Ekor Ular ‘Bersarang’ Dalam Aircond Bilik Di Langkawi

[Video] APM Tangkap 6 Ekor Ular ‘Bersarang’ Dalam Aircond Bilik Di Langkawi

Anggota wanita Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berjaya mengeluarkan enam ekor ular bersaiz halus yang bersarang di dalam sebuah penyaman udara.

[Video] APM Tangkap 6 Ekor Ular 'Menetap' Dalam Aircond Bilik Di Langkawi. Seram!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, banyak kes melibatkan haiwan reptilia seperti ular yang menyelinap masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan tempat berteduh ketika cuaca panas.

Terdahulu, seekor ular sawa seberat 10 kilogram ditemui di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Kampung Wakaf, Kelantan.

Kehadiran reptilia sepanjang dua meter itu membuatkan penghuni rumah berkenaan terkejut dan segera menghubungi pihak bomba.

BACA JUGA: Cuaca Terlalu Panas, Ular Sawa 10KG Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan


Enam Ekor Ular Dijumpai Dalam Pendingin Hawa Di Dalam Rumah

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@apmlangkawi), satu kes terbaharu dilaporkan apabila anggota wanita Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berjaya mengeluarkan beberapa ekor ular ‘bersarang’ di dalam pendingin hawa.

Bukan satu atau dua ya, tapi enam ekor dengan kesemua berwarna hijau dengan saiz yang agak halus.

Kesemua ular yang berjaya ditangkap itu masih hidup dan dipegang dengan tenang oleh anggota wanita itu. Memang ‘salute’!

Di ruangan kapsyen, pihak APM Langkawi menasihati orang ramai untuk menyemak juga ruangan dalam penyaman udara di rumah ketika musim panas ini.

Video tersebut telah meraih 468,200 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@apmlangkawi/video/7245208645707795713

Netizen Terus Cuak Tengok Penyaman Udara Di Rumah Masing-masing

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang mula berasa cuak dan takut apabila melihat ke arah penghawa dingin di rumah mereka. Tiba-tiba rasa nak terus ‘check’ ruang dalaman alat penyejuk itu.

Ada juga yang memuji anggota wanita APM itu kerana berani memegang enam ekor ular itu begitu sahaja tanpa sebarang alat bantuan.

Dalam pada itu, beberapa orang netizen juga berkongsi pengalaman sama yang berlaku selepas mendapati kehadiran haiwan reptilia tersebut di dalam kediaman mereka.

Memang bahaya ya sekarang ini. Di mana-mana sahaja ular boleh menyelinap masuk.


Apa Perlu Buat Jika Ada Haiwan Liar Masuk Ke Rumah Anda?

Apabila ternampak kemunculan haiwan liar memasuki kediaman, mesti ramai yang akan panik dan terkejut.

Bagi menangani masalah itu, anda perlu segera membuat laporan dan mendapatkan pertolongan dengan menghubungi beberapa talian seperti:

BACA JUGA: APM Tangkap Ular Tedung Di Rumah Perdana Menteri Anwar Ibrahim

BACA JUGA: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd