APM Tangkap Ular Tedung Di Rumah Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular tedung seberat 800 gram di pondok pengawal keselamatan kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak belakangan ini, kelibat haiwan reptilia iaitu ular banyak kali dilihat berada di kawasan yang dipenuhi dengan manusia.
Terdahulu, satu kejadian berlaku di mana dua ekor ular sawa gergasi seberat 32 kilogram dan 25 kilogram dijumpai di atas sebuah siling rumah di Bentong, Pahang.
Menurut penghuni rumah tersebut, kedengaran suatu bunyi di dalam siling rumah pada jam 4:00 pagi tetapi mereka tidak menyangka ia adalah ular.
Keesokan harinya, mereka mendapati terdapat sedikit keretakan pada siling sebelum bertindak membuat panggilan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
BACA JUGA: Bentong Family Shocked To Find Two Giant Pythons Shacking Up Inside Their Roof
Rumah Anwar Ibrahim Dimasuki Ular Tedung & Berjaya Ditangkap Oleh Pihak APM
Semalam (20 Februari), satu kejadian hampir sama berlaku apabila seekor ular tedung dipercayai telah memasuki perkarangan kediaman peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang.
Haiwan reptilia berwarna hitam itu dikatakan ditemui oleh salah seorang pengawal keselamatan di sekitar kawasan pondok pengawal.

Memetik laporan Bernama, Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Mior Norazlan Safian memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7:33 malam.
Kejadian disedari oleh salah seorang daripada lima anggota pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pondok tersebut di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Mior Norazlan Safian.
Ular tedung seberat 800 gram dan sepanjang satu meter itu telah berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan peralatan khas.
Sebelum bergerak pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Langat, anggota APM sempat bergambar dengan Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram