Now Reading
Nak Tahu Kenapa Plastik Keropok Lagi Banyak ‘Angin’ Dari Isi? Ini Sebabnya!

Nak Tahu Kenapa Plastik Keropok Lagi Banyak ‘Angin’ Dari Isi? Ini Sebabnya!

Ruang di dalam bungkusan keropok sebenarnya diisi dengan gas semula jadi dan bukannya angin kosong semata-mata.

Kenapa Isi Keropok Tak Pernah Penuh Dalam Bungkusan Plastik?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kalau tiba mood nak layan Netflix pada hujung minggu, mesti kena ada makanan ringan seperti bertih jagung atau keropok sebagai kudap-kudapan.

Tapi perasan tak, kebanyakan keropok yang anda beli di pasar raya tak kisahlah jenama apa sekalipun, rata-ratanya tidak diisi sehingga penuh dan kadangkala ia hanya 1/3 daripada bungkusan plastik sahaja.

Yang lain tu ‘angin’ je. Geram juga kan? Sebenarnya, ada sebab ya kenapa rata-rata syarikat pengeluar melakukan perkara ini.


Syarikat Pengeluar Memang Sengaja Isi ‘Angin’ Dalam Plastik Pembungkusan Keropok

Untuk pengetahuan anda, industri perkilangan memang sengaja mengisi ‘angin’ ke dalam bungkusan keropok.

Memetik dari sumber Reader’s Digest, perkara ini yang dipanggil sebagai ‘Slack Fill’ bermaksud ruang kosong yang dimasukkan ke dalam bungkusan produk untuk melindungi isinya.

Apa kegunaan ‘Slack Fill’ ini?

Sumber: Pixabay

Ruang kosong tersebut akan melindungi kandungan keropok daripada mudah hancur atau rosak ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke premis jualan.

‘Slack Fill’ ini tidak diisi dengan angin kosong semata-mata. Ia adalah gas nitrogen kerana gas pengawet ini mampu mengekalkan kerepek kentang daripada cepat lemau.

Kalau diisi guna angin kosong, memang lagi senang kerepek kentang atau keropok anda akan lemau.


Gas Nitrogen Buat Keropok Lebih Enak

Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994, saintis mendapati bahawa gas nitrogen yang diisi ke dalam bungkusan keropok itu juga boleh menjadikan rasanya lebih sedap!

Sumber: YouTube Mashed

Mesti ada yang terfikir? Boleh ke manusia makan gas nitrogen? Jawapannya BOLEH kerana nitrogen adalah gas semula jadi dan tidak membahayakan kesihatan.

Anda boleh menyemak berat bersih pada label bungkusan produk untuk mengetahui jumlah isinya untuk membandingkan jika harga yang dibeli berbaloi atau tidak.


Panduan Untuk Membuat Aduan Kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Sebagai pengguna, anda juga berhak untuk membuat sebarang aduan sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada barangan atau perkhidmatan yang dibeli.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web eAduan KPDN.
  2. Klik pada ‘Aduan Kepenggunaan’.
  3. Jika anda tiada akaun, perlu daftar terlebih dahulu.
  4. Pilih ‘Aduan Kepenggunaan’.
  5. Klik ‘Aduan Baru’.
  6. Isi maklumat aduan dengan maklumat yang diminta.

Antara aduan yang anda boleh buat adalah berkaitan:

  1. Penipuan Perkhidmatan
  2. Penipuan Harga
  3. Penipuan Transaksi Internet
  4. Jualan Bahan Petroleum
  5. Tiada Tanda Harga
  6. Bengkel Kenderaan Bermotor
  7. Penipuan Gores Dan Menang
  8. Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  9. Penyelewengan Jualan Lansung

Untuk aduan berkaitan syarikat telekomunikasi boleh dibuat di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan klik [DI SINI].

BACA JUGA: Beli Baju Raya Online Tapi Lambat Sampai Atau Rosak? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP

BACA JUGA: Harga Kek Secret Recipe Didakwa Makin Mahal, Netizen Mula Mengeluh

BACA JUGA: “Daging Wagyu Ke?” Pelanggan Terkejut Beli 30 Cucuk Sate Harga RM107 Di Cheras


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd