Now Reading
“Daging Wagyu Ke?” Pelanggan Terkejut Beli 30 Cucuk Sate Harga RM107 Di Cheras

“Daging Wagyu Ke?” Pelanggan Terkejut Beli 30 Cucuk Sate Harga RM107 Di Cheras

Berdasarkan resit, secucuk sate ayam berharga RM2.90 manakala sate daging pula RM3.90 untuk satu batang.

"DagingWagyu Ke?" Pelanggan Terkejut Beli 30 Cucuk Sate Harga RM107 Di Cheras

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain Nasi Lemak dan Roti Canai, Sate adalah antara hidangan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ada macam-macam jenis sate seperti sate ayam, daging, rusa, arnab, lembu dan banyak lagi. Para peniaga sate akan menjual hidangan ini dengan harga sekitar RM1.00 sehingga RM2.00 untuk satu cucuk lidi bergantung kepada menu pilihan.

Kebiasaanya hidangan sate akan dijual oleh peniaga tempatan di pasar malam atau gerai tepi jalan. Antara premis terkenal yang menjual sate adalah Sate Kajang Haji Samuri.

BACA JUGA: Gadis 12 Tahun Dari Malaysia Hasilkan Kek Satay Dalam Rancangan Junior Bake Off


Pelanggan Beli Sate 30 Cucuk Di Cheras Dengan Harga RM107

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@adiehussin94) memuat naik ciapan dengan menceritakan kisah apabila kakaknya membeli hidangan sate dengan harga yang agak tidak masuk akal di Cheras.

Mana tidaknya, 30 batang sate berharga RM107. Biar betul?

Kalau anda tengok gambar resit tersebut, pecahannya adalah seperti berikut:

  • Sate ayam secucuk RM2.90 dibeli dalam kuantiti 15 batang (RM43.50)
  • Sate daging secucuk RM3.90 dibeli dalam kuantiti 15 batang (RM58.50)
  • Dua nasi impit (RM5)

Disebabkan terkejut dengan perkara itu, pengguna Twitter itu bertanya kepada netizen di media sosial sama ada harga tersebut normal atau tidak.


Netizen Pun Terkejut Tengok Harga Sate ‘Cekik Darah’

Perkongsian tentang harga 30 batang sate yang terlalu mahal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Boleh dikatakan ramai juga yang terkejut dan menganggap harga hidangan sate itu agak ‘cekik darah’. Sampai ada yang mendakwa mungkin daging itu adalah daging wagyu yang berkualiti tinggi.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tentang gambar resit tertulis tahun 2024.


Kedai Sate Best Sekitar Lembah Klang

Bila baca artikel tentang sate, tiba-tiba mengidam sate pula ya. Kepada anda yang teringin nak makan sate sekitar Lembah Klang, berikut adalah lokasi yang anda boleh pergi.

Antaranya:

  • Willy Satay
    • Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor.
  • Satay Sri Melaka Lembah Keramat
    • No 1 Gerai MPAJ, Jalan AU 5, 54200 Kuala Lumpur.
  • Pak Din Satay
    • 121, Jalan Gombak, Gombak Setia, 53000 Kuala Lumpur.
  • Satay Station Kampung Pandan
    •  55, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.
  • Satay Warisan
    • 2, Jalan PJU 8/5g, Bu 6, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd