Now Reading
“Terus Sejuk Hati” – Aksi Anak Kecil Cium Pipi Ibu Ketika Dibebel Buat Ramai ‘Cair’

“Terus Sejuk Hati” – Aksi Anak Kecil Cium Pipi Ibu Ketika Dibebel Buat Ramai ‘Cair’

Gelagat kanak-kanak kecil itu yang mencium pipi ibunya ketika disuruh memakai kasut semasa berjalan di tempat awam membuatkan wanita tersebut lembut hati.

"Terus Sejuk Hati" - Aksi Anak Kecil Cium Pip Ibu Ketika Dibebel Buat Ramai 'Cair'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Anak-anak kecil yang sedang membesar pasti mempunyai ragam tersendiri kerana teruja mahu menerokai pelbagai perkara baharu.

Tidak dinafikan memang agak penat untuk membesarkan anak-anak, tetapi sebagai ibu bapa kita perlu ‘enjoy’ sahaja proses itu kerana pejam celik, tiba-tiba mereka sudah besar.

Akan ada masa rasa rindu pula ketika anak-anak masih kecil dengan pelbagai telatah mereka.


Anak Kecil Cium Pipi Ibu Ketika Disuruh Pakai Kasut Semasa Berjalan Di Kawasan Khalayak Ramai

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@nynabukater), wanita ini berkongsi detik comel bersama anak kecilnya ketika dia menyuruh si cilik memakai kasut semasa berjalan di tempat awam.

Tetapi ‘bebelan’ wanita itu terhenti apabila si cilik tiba-tiba mencium pipi ibunya. Comel betul!

Selepas ciuman itu diberikan oleh anaknya, si ibu menyambung semula bebelan untuk menyuruh kanak-kanak tersebut memakai kasut.

Tetapi sekali lagi si cilik berkenaan melakukan aksi sama sehingga menyebabkan ibunya berlembut hati untuk membenarkan anaknya berjalan tanpa memakai kasut.

Senang kata, terus ‘cair’ hati si ibu apabila anaknya cuba untuk memujuknya dengan cara mencium di bahagian pipi.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya merarih 1.1 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.


Netizen Pun ‘Cair’ Tengok Gelagat Anak Kecil Itu Mencium Ibunya Di Bahagian Pipi Ketika Disuruh Memakai Kasut

Di ruangan komen video itu, ramai netizen yang turut ‘cair’ melihat aksi comel yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut kepadanya ibunya.

Pandai ya dia pujuk ibu dia! Siap ada yang kata mungkin ‘taktik’ untuk memujuk ibunya itu telah diajar oleh si bapa sebelum ini.

Malah, ada juga segelintir ibu yang menceritakan anak mereka juga melakukan perkara sama untuk melembutkan hati mereka ketika mengarahkan untuk melakukan sesuatu perkara.

Bila budak kecil tunjukkan kecomelan mereka, siapa je yang tak cepat ‘cair’ betul tak? Dari nak marah, terus tak jadi sebab comel sangat.


Cara-cara Untuk Memastikan Anak Mudah Mendengar Kata

Setiap ibu bapa pastinya mahu anak-anak mereka sentiasa mendegar kata tanpa perlu dipaksa. Sebenarnya, ada cara yang boleh melembutkan hati mereka untuk mudah mendengar kata.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Memanggil nama anak dengan intonasi yang lembut.
  • Memberi perhatian kepada aktiviti yang mereka sedang lakukan.
  • Elakkan dari menggunakan ayat negatif.
  • Memberi arahan yang jelas.
  • Sentiasa berdoa agar anak senang untuk mendengar kata.

BACA JUGA: [Video] Murid Prasekolah Teruja Belajar Jadi Anggota Bomba. Comel Je!

BACA JUGA: “Haa Tu Ayah!”- Aksi Kanak-Kanak Teruja Lihat Ayah Hadir Masa Buat Persembahan Jadi Perhatian Ramai [Video]

BACA JUGA: [Video] Gelagat Anak Kecil Turun Kereta & Tolong Ibu Bayar Tol Jadi Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd