Now Reading
“Haa Tu Ayah!”- Aksi Kanak-Kanak Teruja Lihat Ayah Hadir Masa Buat Persembahan Jadi Perhatian Ramai [Video]

“Haa Tu Ayah!”- Aksi Kanak-Kanak Teruja Lihat Ayah Hadir Masa Buat Persembahan Jadi Perhatian Ramai [Video]

Gelagat kanak-kanak yang melaung memanggil ayahnya itu turut membuatkan seluruh penonton di dalam dewan berkenaan ketawa melihat keterujaannya.

Kanak-kanak teruja lihat ayah hadir ketika sebelum buat persembahan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tugas seorang ibu bapa bukanlah sekadar membesarkan anak tetapi mereka perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.

Malah secara umumnya semua ibu bapa pasti mahu berada dekat dengan anak-anak dan tidak mahu terlepas dari setiap perkara dan kejayaan yang dicapai oleh mereka.

Perkara ini turut dirasai oleh anak-anak di mana mereka juga mahukan ibu bapa untuk melihat usaha, bakat dan kejayaan yang ditonjolkan untuk mengembirakan anda.

Ini kerana mereka merasakan ibu bapalah semangat untuk mereka terus berjuang dalam mengecapi setiap yang dicita-citakan.

Kanak-kanak seronok lihat bapa datang undang ketawa

Baru- baru ini, tular satu video dikongsikan di TikTok Suealzahraa yang memaparkan kegembiraan seorang kanak-kanak sebaik sahaja terlihat kehadiran bapanya ketika dia membuat persembahan.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang dipercayai dari sebuah tadika sedang membuat persediaan sebelum mula membuat persembahan.

Kelihatan seperti sedang mencari sesuatu semasa di atas pentas

https://www.tiktok.com/@suealzahraa/video/7205521336603659547

Sebaik sahaja kesemua kanak-kanak itu naik di atas pentas kelihatan seorang budak lelaki di bahagian hujung sebelah kiri seperti sedang mencari sesuatu.

Tidak lama kemudian dia melaung dengan kuat “Haa, tu ayah!” sambil menunjuk ke arah bapanya.

Keriangannya itu kemudian disambut dengan hilaian gelak ketawa dari para penonton yang hadir. Malah dia turut sempat melambai-lambai ke arah bapanya itu.

Keletah comel kanak-kanak itu turut menarik perhatian ramai, apabila ada yang mengatakan kehadiran ibu bapa ke sesuatu majlis atau acara adalah penting bahkan ia dapat menaikan moral dan semangat mereka.

“Bangga nampak ayah datang..”

“Bukti kehadiran ibu bapa adalah penting”

“Ayah kanak-kanak ini merupakan seorang pemenang”


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd