Now Reading
[Video] Murid Prasekolah Teruja Belajar Jadi Anggota Bomba. Comel Je!

[Video] Murid Prasekolah Teruja Belajar Jadi Anggota Bomba. Comel Je!

Sekumpulan murid prasekolah membuat lawatan ke balai bomba ketika menyertai program dikenali sebagai Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (3K).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah tak waktu kecil dulu orang tanya apa cita-cita anda bila dah besar? Soalan biasa ni. Boleh dikatakan kebanyakannya akan menjawab kerjaya yang serupa seperti doktor, polis, angkasawan, bomba dan sebagainya.

Kalau anak anda juga bercita-cita untuk menjadi bomba, kami ada satu idea menarik untuk anda! Sebenarnya, pihak taska anak anda boleh menganjurkan lawatan ke balai bomba terdekat.

Kanak-kanak prasekolah teruja melawat ke balai bomba

Baru-baru ini, seorang anggota bomba memuat naik video di laman TikTok (@Najmi_majid) dengan menunjukkan sekumpulan kanak-kanak prasekolah memakai seragam anggota bomba bersaiz kecil ketika melawat balai bomba mereka.

Video itu memaparkan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sedang bersedia untuk menjalani beberapa latihan serta kelas keselamatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Perak.

Sumber: TikTok/Najmi_majid
Sumber: TikTok/Najmi_majid

Mereka dilihat tekun mendengar fasilitator memberi penerangan tentang keselamatan kebakaran, melakukan ‘stop, drop and roll’, mengambil bahagian dalam sesi mewarna, dan juga berpeluang menaiki trak bomba.

Aktiviti dianjurkan untuk mereka sangat menyeronokkan dan memberikan banyak ilmu pengetahuan.

Sumber: TikTok/Najmi_majid

Mereka juga dilihat seronok berlari-lari sambil bermain air dengan rakan di kawasan lapang sewaktu sesi semburan air.

Sumber: TikTok/Najmi_majid

Video gelagat comel sekumpulan kanak-kanak ini telah meraih 1.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@nnajmi_majid/video/7127945255390825755?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Orang ramai seronok tengok gelagat comel mereka

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata penggguna media sosial ‘cair’ melihat gelagat comel mereka menjadi anggota bomba ‘mini’.

Teruja tengok murid prasekolah berseronok di balai bomba, ada juga orang dewasa yang berharap dapat ikut serta kumpulan kanak-kanak berkenaan.

Malah ada yang berpendapat pengalaman seperti ini lebih teruja berbanding jika ke Kidzania.

Program ini dikenali sebagai 3K

Untuk pengetahuan anda, kumpulan kanak-kanak ini telah menyertai satu program yang dikenali sebagai Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (3K).

Program tersebut bertujuan untuk mengajar kanak-kanak tentang ilmu keselamatan kebakaran dan aktiviti bomba.

Selain daripada menjadikan pendidikan lebih menyeronokkan, program berkenaan menyediakan kanak-kanak dengan maklumat padat tentang perkara yang perlu dilakukan jika mereka berada dalam situasi kebakaran.

Ingat tak waktu dulu ada anggota bomba datang ke sekolah untuk membuat latihan kebakaran? Kita diajar untuk mengendalikan alat pemadam api dan apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.

Apa yang kita belajar waktu sekolah dulu sama seperti apa yang dipelajari oleh kumpulan kanak-kanak ini.

Kalau anda mahukan pengalaman yang sama seperti murid-murid prasekolah ini, boleh je cadangkan aktiviti ini kepada guru taska. Yang penting kena buat tempahan dan menghantar beberapa kertas kerja kepada mana-mana balai bomba terdekat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd