Now Reading
[Video] Gelagat Anak Kecil Turun Kereta & Tolong Ibu Bayar Tol Jadi Perhatian Ramai

[Video] Gelagat Anak Kecil Turun Kereta & Tolong Ibu Bayar Tol Jadi Perhatian Ramai

Aksi kanak-kanak lelaki itu dilihat bergegas masuk semula ke dalam kereta selepas selesai membayar tol buat ramai terhibur.

[Video] Aksi Anak Kecil Tolong Ibu Bayar Tol Jadi Perhatian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba di palang tol, pelbagai jenis ragam manusia yang dapat dilihat termasuklah aksi yang biasa dilakukan iaitu berkali-kali undur kereta kerana kad tidak dapat dikesan di sistem.

Sebelum ini juga ada seorang pemandu didakwa enggan membayar tol ketika dua kali percubaannya menunggu palang terbuka berhampiran Bandar Sunway.

Lebih mengejutkan lagi, pemandu berkenan bertindak mematahkan palang tol kerana dipercayai kad Touch ‘n Go miliknya tidak mempunyai baki yang mencukupi.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki

Anak Kecil Keluar Kereta Untuk Tolong Ibu Bayar Tol

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@jefrimache), perkongsian tersebut menunjukkan situasi di mana seorang kanak-kanak lelaki bertindak keluar dari kereta untuk membayar tol menggunakan kad.

Dalam rakaman video itu, kereta milik seorang wanita dilihat agak jauh dari kaunter bayaran. Mungkin disebabkan itu, kanak-kanak lelaki berkenaan yang duduk di tempat duduk belakang membantu ibunya.

Selepas selesai menyentuh kad di kaunter bayaran tol, kanak-kanak lelaki itu memberikan semula kad kepada ibunya menerusi tingkap dan bergegas masuk ke dalam kereta sambil memanjat tempat duduk belakang.

Video itu telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 942,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Netizen Terhibur Tengok Gelagat Comel Kanak-kanak Itu Terkedek Masuk Dalam Kereta

Meninjau di ruangan komen video, rata-rata pengguna media sosial dilihat terhibur dengan telatah kanak-kanak lelaki itu yang dilihat sedikit cemas untuk masuk semula ke dalam kereta.

Mungkin dia takut kena tinggal kot, sebab itulah dia nak cepat-cepat naik kereta balik.

Di sebalik kecomelan gelagat si cilik itu, ada juga segelintir daripada mereka yang memberikan pendapat bahawa aksi tersebut agak membahayakan.

Alahai, comel je tengok dia cepat-cepat ‘panjat’ nak masuk kereta balik. Nasib baik tak kena tinggal ya! Mungkin si ibu pun tak sampai nak sentuh kad di tol sebab kereta terlalu jauh. Nak buat macam mana kan?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd