11 Syarikat Buat Iklan ‘Catchy’ Sempena Konsert Coldplay Live In KL. Kreatif Betul!
Antara syarikat yang tidak turut ketinggalan membuat iklan ‘catchy’ sempena konsert Coldplay di Malaysia adalah McDonald’s, IKEA dan Maybank.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak pengumuman tentang konsert kumpulan rock dari British iaitu Coldplay yang bakal melangsungkan konsert pertama mereka di Malaysia pada November ini, ramai peminat teruja untuk mendapatkan tiket.
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour ini juga menerima reaksi positif dari beberapa ahli politik yang mengalu-ngalukan kedatangan mereka termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Selain Malaysia, negara Asia lain yang turut tersenarai dalam siri jelajah dunia Coldplay adalah Jepun, Taiwan dan Indonesia.
BACA JUGA: It’s Official! Coldplay Is Coming To KL This November, Ticket Details Inside
Banyak Syarikat Buat Iklan ‘Catchy’ Sempena Konsert Coldplay Di Malaysia November Tahun Ini
Keterujaan orang ramai untuk menghadiri satu-satunya konsert Coldplay secara ‘live’ di Kuala Lumpur ini mendapat perhatian beberapa syarikat untuk menghasilkan iklan ‘catchy’ menggunakan lirik lagu daripada kumpulan popular itu.
Boleh tahan kreatif juga mereka menggunakan lirik lagu dari Coldplay sambil mempromosikan produk jualan. Memang ‘style’ betul!
Antara syarikat yang turut serta dengan ‘hype’ konsert Coldplay ini seperti:
1. McDonald’s
2. Tealive
3. Bask Bear Coffee
4. IKEA
5. Maybank
6. Nestle La Cremeria
7. Maggi
7. Carsome
8. Texas Chicken
9. Be U by Bank Islam
10. Nanostix
11. DHL Express
Jualan Tiket Konsert Coldplay Live In KL Dibuka 17 Mei Ini Dari Harga RM 228
Kepada anda yang tak sabar-sabar nak tengok konsert Coldplay Live In Kuala Lumpur pada 22 November ini, jangan lupa ‘lock’ tarikh 17 Mei ini untuk membeli tiket.
Kedudukan di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibahagikan kepada tujuh bahagian ketika konsert tersebut iaitu:
- Ultimate Experience (RM3,088)
- My Universe (RM2,108)
- Higher Power (RM1,258)
- CAT 1 (RM1,288)
- CAT 2 (RM758)
- CAT 3 (RM658)
- CAT 4 (RM598)
- CAT 5 (RM498)
- CAT 6 (RM398)
- CAT 7 (RM288)
Tips Untuk Pilih Kedudukan Paling ‘Onz’ Ketika Konsert Coldplay Di Stadium Nasional Bukit Jalil
Kepada mereka yang masih belum ‘familiar’ dengan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil, anda boleh tengok dulu paparan tempat duduk (seat map) sebelum membuat keputusan untuk membeli kawasan mana.
Kalau mahukan tips yang lebih membantu, boleh gunakan hashtag #coldplayinkl, #coldplayinmalaysia dan #stadiumbukitjalil atau tulis sahaja kata kunci ini di platform Twitter atau TikTok.
Akan ada banyak video dan gambar dikongsikan oleh netizen bagi memberi pandangan dari pelbagai tempat duduk berbeza berdasarkan pengalaman ketika konsert Blackpink sebelum ini pada Mac lalu.
Yang nak beli tiket Coldplay, tengok seat jugak. Elakkan dari beli:
— brgsjks (@brgsjks) May 10, 2023
1. Cat 5 section 110
2. Section 207, row G no 37. Nanti dok kat tangga
3. Cat 4, 212, row W pun ada pagar.
4. Seat 213 Row Y
Mana mana yang rasa pernah experience seat ada pemandangan bermasalah, boleh roger.… pic.twitter.com/WGX6UmxktI
BACA JUGA: The Ocean Cleanup Berjaya ‘Angkut’ 1 Juta Kilogram Sampah Dari Sungai Klang
BACA JUGA: PAS Politician Urges Cancellation Of Coldplay Concert in Malaysia
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.